BTN: PH mungkir janji. Tak bubarkan, cuma dijenamakan semula.

Kuala Lumpur, 8 Ogos : Kerajaan memungkiri janji manifesto mereka sendiri apabila mengambil keputusan untuk tidak membubarkan program  Biro Tatanegara (BTN), sebaliknya sedang meneliti untuk menjenamakan semula program tersebut supaya peranan dan fungsi agensi itu tidak lagi tersasar daripada objektif utama penubuhannya.

Menurut laporan FMT, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik berkata BTN tidak akan lagi menjadi ejen yang boleh digunakan pihak tertentu untuk “menonjolkan motif mereka tersendiri”.

“Seiring perubahan sosio politik dan semangat Malaysia baru, BTN dalam proses penjenamaan semula dan perbincangan berhubung penjenamaan semula BTN masih berlangsung. Kajian semula untuk membangunkan modulnya akan memberi penekanan kepada pembudayaan nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada objektif asal penubuhannya,” – Md Farid Md Rafik

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

(Untuk rekod,  kerajaan BN sebelum ini turut mengambil keputusan menjenamakan semula program BTN pada 2016.  Baca di sini. )

TTKM mendapati janji membubarkan program BTN terkandung dalam buku Manifesto Pakatan Harapan.

buku.PNG
Janji 28, antaranya membubarkan BTN.

Menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir itu, presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,  manifesto pilihan raya yang menjanjikan pelbagai tawaran kepada pe­ngundi wajib ditunaikan walaupun ia tidak dianggap sebagai kitab suci.

hadi_awang_280615_tmihasnoor_02__full.jpg
“Kitab suci wajibkan kita tunai janji”. Hadi Awang. Gambar TMI.

Hadi turut berkata perkara itu perlu dipegang bukan sahaja oleh umat Islam malah penganut agama-agama lain.

10 Janji 100 hari Pakatan Harapan cuma tinggal lagi 10 hari, setakat ini cuma 2 dari 10 janji tersebut benar-benar ditunaikan manakala janji -janji lain dicapati atau cuma ditunaikan separuh.
TTKM mendapati disebalik alasan manifesto bukan kitab suci, kerajaan Pakatan Harapan turut menggunakan alasan seperti ‘sedang mengkaji’ dan ‘dalam 5 tahun’ untuk tidak melaksanakan manifesto mereka.

Baru-baru ini, kerajaan mendapati janji menghapuskan tol melibatkan kos sebanyak RM400 billion dan tidak dapat dijalankan secara serentak kerana ia akan menyebabkan beban kewangan kepada kerajaan.

Oleh itu, menteri kerja raya, Baru Bian berkata kerajaan akan mengkaji supaya penghapusan tol dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Apabila ditanya oleh Ahmad Maslan, di mana senarai tol yang akan dihapuskan secara berperingkat itu, ini jawab menteri:

MASLAN

Oh! Yang akan itu, akan dikaji. Macam itu yang saya kemukakan tadi, akan dikajikan. Belum ada keputusan yang dibuat oleh kementerian, ya. – Baru Bian.

Manakala janji lain seperti menghapuskan AUKU, gaji minima RM1500 dan keputusan mengiktiraf UEC kini akan ‘dilaksanakan dalam 5 tahun’. -TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: