HSR: Azmin kantoi menipu? “Tiada sebarang pertemuan!”

Singapura, 7 Ogos: Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) menafikan dakwaan Menteri Ekonomi, Azmin Ali yang mendakwa beliau ada melakukan pertemuan dengan “pegawai kanan dari Singapura” pada hujung minggu lepas untuk membincangkan projek keretapi laju KL-Singapura, HSR, menurut laporan Today Online. 

Pada Isnin, 6 Ogos, Azmin berkata beliau telah bertemu dengan pihak berkuasa Singapura ketika beliau berada di republik itu Ahad lepas sewaktu menziarahi Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang berada di hospital di sini yang sedah pulih dari pembedahan membuat tumor pankreas.

Azmin tidak mendedahkan nama pegawai Singapura tersebut, tetapi menurut Bernama, Azmin berkata “mesyuarat itu berjalan dalam keadaan positif” dan menambah “mesyuarat rasmi akan diadakan pada satu masa di bulan Ogos”

Adakah Azmin Ali berbohong?

Walaubagaimanapun, jurucakap kementerian pengangkutan Singapura berkata tiada mesyuarat dijadualkan atau sudah berlaku di antara Azmin dan pegawai Singapura yang mengawasi projek HSR.

“Setakat 6 Ogos 2018, Kerajaan Malaysia tidak memberikan pengesahan yang diminta oleh Singapura (berhubung HSR) dan tidak berkomunikasi tentang cadangan tarikh untuk perbincangan tersebut.” – Jurucakap MOT

TTKM mendapati persolan ini mungkin boleh dijawab oleh pantun berikut yang dinaikkan oleh Dr Maszlee di facebook beliau 6 tahun lalu :

 

Untuk rekod, projek HSR yang dicadangkan pertama kali oleh Malaysia pada 2013 adalah landasan sepanjang 350km yang akan menyingkatkan masa perjalanan di antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.

Walaubagaimanapun, nasib projek tersebut berdepan situasi tidak pasti semenjak kerajaan baru Pakatan harapan memenenangi PRU 14 lepas. Malah perdana menteri, Tun Dr Mahathir dan beberapa ahli kabinetnya berkata akan membatalkan projek tersebut kerana kononnya hutang negara adalah berjumlah RM1 trillion.

220px-Minister_Khaw_Boon_Wan.JPG
” Sudah hantar nota diplomatik ke Malaysia 1 Jun lepas berhubung posisi Malaysia tentang HSR” Khaw Boon Wan, Menteri Pengangkutan Singapura.

Menteri Penangkutan Singapura, Khaw Boon Wan berkata republik itu telah menghantar nota diplomatik ke Malaysia pada 1 Jun untuk mendapatkan kepastian mengenai posisi Malaysia berhubung projek HSR. dan meminta Putrajaya memberikan posisi rasmi melalui surat menjelang Julai 31 dan juga memberikan indikasi sama ada masih berminat untuk melakukan perbincangan bilateral berhubung projek yang terhenti itu.

Pada perkembangan yang sama, Singapura berterusan menanggung kos projek itu, dengan perbelanjaan dijangka mencecah kira-kira RM900 juta menjelang akhir tahun, Encik Khaw memberitahu Parlimen pada 9 Julai, memberi amaran bahawa jumlah “penting” yang dibelanjakan akan “sia-sia” jika projek itu dibatalkan.

Sejak memenangi PRU 14, kerajaan Pakatan Harapan banyak membatalkan atau menangguhkan beberapa projek infrastuktur impian rakyat  termasuklah ECRL dan MRT3. Manakala projek baru yang diumumkan adalah projek kereta nasional ke tiga menjelang 2020, adalah projek impian Tun Dr Mahathir  atau lebih dikenali sebagai Tun Det, malah mendapat tentangan hebat semua pihak termasuk Rafizi Ramli..

Ini telah menyebabkan  Tun Det ‘merajuk’ lalu mengarang satu artikel dengan nada sindiran menyamakan Malaysia dengan negara penanam padi dan pemancing ikan.

Photo0948.jpg
Anak kecil memancing ikan di sawah. Gambar kredit mylovelydaybook.

Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020. – Tun Det

Projek Kereta Nasional ke tiga ini juga tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

-TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.