“Kerajaan baru sekat kebebasan bersuara penjawat awam?”

Oleh : Kiridaren Jayakumar

1. Taat setia kepada kerajaan? Seharusnya, mereka harus menjalankan tugas yang terbaik untuk rakyat dan mungkin tidak perlu takut untuk membongkarkan sesuatu yang akan menjejaskan kerajaan atau apabila mereka membongkarkan sesuatu isu yang mungkin menjejaskan kerajaan.

2. Kenapakah kerajaan menyekat kebebasan bersuara pekerja kerajaan? Bukan ke itu masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penjawat awam semasa kerajaan kita dipegang oleh parti BN? Kenapa mereka tidak dapat menyiarkan atau mengutarakan pendapat dan idea mereka untuk menambahbaikan,mengkritik dan mengutuk dasar-dasar kerajaan.

3. Soalan yang sama, kenapa penjahat awam tidak boleh mengkritik atau mengkutuk dasar kerajaan? Siapakah kerajaan ? Adakah ini sistem perhambaan? Mereka perlu ingat bahawa kerajaan adalah civil servant juga dan mereka juga perlu mengingati kesenangan rakyat sebagai keutamaan dan bukan menyekat sesiapa yang mungkin tidak bersepandapat dengan kerajaan.

Capture
Tankap layar fb page Jabatan Perkhidmatan Awam mengingatkan penjawat awam mengenai peraturan penggunaan media sosial. 

4. Harap Bersih dan NGO lain boleh bergiat melawan dasar-dasar autokratik kerajaan sekarang yang amat menyialkan (root word:sial) masyarakat yang hendak kemajuan.

5. Kenapa Pakatan Hipokrit ini sangat Hipokrit, sibuk melawan kerajaan yang dipegang oleh parti lain, sekarang menghentikan suara yang melawan mereka. Memalukan masyarakat dan negara berdemokrasi.

6. Mahatirisme sudah masuk ke dalam sistem penjawatan awam, di mana authoritarian boleh mengkritik yang lain tetapi tidak menerima kritikan. Sama juga dengan sesiapa yang membangkang kerajaan dulu untuk memperkasakan kebebasan bersuara.

 

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan TTKM- Editor )

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.