KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata beliau hanya bertemu dengan rakyat Singapura dan bukan pegawai daripada kementerian pengangkutan seperti yang katanya dilaporkan media, menurut laporan FMT.
“Adakah saya kata saya bertemu pegawai daripada Kementerian Pengangkutan?” – Azmin Ali.
Azmin juga dilapor berkata “perjumpaan itu sangat positif”.

Tangkap layar laporan Keadilan Daily, portal parti PKR dimana Azmin adalah timbalan presiden PKR
Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini dilapor berkata tiada sebarang mesyuarat dijadualkan akan atau sudah berlangsung antara Azmin dan pegawai kerajaan republik itu berhubung projek berkenaan.
“Sehingga semalam, kerajaan Malaysia tidak memberi sebarang penjelasan seperti yang diminta Singapura dan tidak pernah berbincang mengenai cadangan tarikh untuk mengadakan perbincangan,” – Jurucakap MOT
Azmin hari ini mengiyakan kenyataan kementerian itu tetapi apabila ditanya a siapakah “pegawai kanan di Singapura itu”? Ini jawab Azmin:
Singaporean (warga Singapura)- Azmin Ali
Beliau juga berkata satu mesyuarat rasmi dengan Singapura akan diadakan pada bulan ini pada tarikh yang belum ditetapkan.
Untuk rekod, projek HSR yang dicadangkan pertama kali oleh Malaysia pada 2013 adalah landasan sepanjang 350km yang akan menyingkatkan masa perjalanan di antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.
Walaubagaimanapun, nasib projek tersebut berdepan situasi tidak pasti semenjak kerajaan baru Pakatan harapan memenenangi PRU 14 lepas. Malah perdana menteri, Tun Dr Mahathir dan beberapa ahli kabinetnya berkata akan membatalkan projek tersebut kerana kononnya hutang negara adalah berjumlah RM1 trillion.

” Sudah hantar nota diplomatik ke Malaysia 1 Jun lepas berhubung posisi Malaysia tentang HSR” Khaw Boon Wan, Menteri Pengangkutan Singapura.
Menteri Penangkutan Singapura, Khaw Boon Wan berkata republik itu telah menghantar nota diplomatik ke Malaysia pada 1 Jun untuk mendapatkan kepastian mengenai posisi Malaysia berhubung projek HSR. dan meminta Putrajaya memberikan posisi rasmi melalui surat menjelang Julai 31 dan juga memberikan indikasi sama ada masih berminat untuk melakukan perbincangan bilateral berhubung projek yang terhenti itu.
Pada perkembangan yang sama, Singapura berterusan menanggung kos projek itu, dengan perbelanjaan dijangka mencecah kira-kira RM900 juta menjelang akhir tahun, Encik Khaw memberitahu Parlimen pada 9 Julai, memberi amaran bahawa jumlah “penting” yang dibelanjakan akan “sia-sia” jika projek itu dibatalkan.
Sejak memenangi PRU 14, kerajaan Pakatan Harapan banyak membatalkan atau menangguhkan beberapa projek infrastuktur impian rakyat termasuklah ECRL dan MRT3. Manakala projek baru yang diumumkan adalah projek kereta nasional ke tiga menjelang 2020, adalah projek impian Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det, malah mendapat tentangan hebat semua pihak termasuk Rafizi Ramli..
Ini telah menyebabkan Tun Det ‘merajuk’ lalu mengarang satu artikel dengan nada sindiran menyamakan Malaysia dengan negara penanam padi dan pemancing ikan.

Anak kecil memancing ikan di sawah. Gambar kredit mylovelydaybook.
Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020. – Tun Det
Projek Kereta Nasional ke tiga ini juga tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.
-TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE