Surat Pembaca: “Iktiraf UEC? Sarang tebuan jangan dijolok!”

bottle

Oleh : Arif Atan.

“Sarang tebuan jangan dijolok”

TAHNIAH Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik atas pendirian terbaru tentang isu kontroversi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Jangan pernah tunduk pada golongan ultra kiasu lagi rasis di era Malaysia Baru ini.

Keputusan hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dalam tempoh lima tahun. Sebabnya, pengiktirafan sijil keluaran Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) itu tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan (PH).

Walaupun kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh, mengumpul pandangan pelbagai pihak berkepentingan dan mengambil kira kepentingan bahasa Melayu serta keharmonian kaum, tetapi itu satu kemenangan awal buat rakyat yang menolak golongan cauvinis dan ultra kiasu daripada terus menunggang kerajaan PH.

Malaysia Baru bukannya lampu Aladin untuk memenuhi tuntutan bersifat perkauman kerana UEC mesti diteliti secara menyeluruh agar keputusan yang dibuat tidak secara terburu-buru.

Kita semua tahu desakan supaya UEC diiktiraf berkaitan dengan tuntutan supaya kerajaan menyediakan dana bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) yang selama ini angkuh menolak sistem pendidikan nasional.

Padahal, SMPC bukannya tersenarai dalam mana-mana kategori institusi pendidikan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Jadi, tiada kewajaran sama sekali peruntukan negara disalurkan kepada SMPC yang sudah sedia ditanggung oleh taikun-taikun perniagaan Cina.

Kata Malaysia Baru. Sepatutnya, kita tidak ada lagi sekolah Cina. Ini Malaysia. Buktikan taat setia kepada negara melalui satu sistem pendidikan kebangsaan.

Kalau berdegil juga mahu SMPC, teruskan hidup dalam kepompong kaum. Tapi JANGAN PAKSA kerajaan PH ikut kehendak perkauman. Kalau berkeras juga mahu mengekalkan identiti Cina (itu alasan Dong Zong), tukar sajalah kerakyatan. Pindah ke China, duduk di Taiwan jangan lari.

Ini tidak. Ingat, rakyat mahu tumbangkan BN, sukalah tengok gelagat rasis tak tahu malu bangga dengan sekolah berasaskan kaum tu. Ingat, penyokong PH pun sukalah kau berlagak dengan sekolah yang kamu rasa bagus sangat tu seolah-olah baru semalam sampai Malaysia naik tongkang.

Marah? Kau yang sudah 3,4 generasi hidup di Malaysia tak reti cakap Melayu kemudian besar diri paksa Menteri iktiraf, ingat orang lain tak marah?

Kau panggil kami yang bantah UEC sebagai rasis? Padahal, sikap kau yang mahu UEC dibenarkan jadi tiket masuk universiti awam dan perkhidmatan awam itulah sebagai rasis. Ingat Malaysia ini, Perlembagaannya ada peruntukankah untuk sistem pendidikan yang menolak sistem nasional?

Kau kata universiti luar bahkan Oxford pun iktiraf UEC? Kita semua tahu kau tipu!

https://www.easyuni.my/…/universities-around-world-that-ac…/

Universiti Oxford tiada dalam senarai pun!

38494757_10156686539992147_7207518738361352192_n.jpg
Logo Skuadron Tentera Udara UK “Sarang Tebuan jangan dijolok”

Kau kata masuk SMPC ada UEC tidak jejaskan patriotik? Kau agak dengan dapat gred cukup makan dalam subjek Bahasa Melayu itu sudah cukup patriotik? Sedangkan, yang dapat Bahasa Melayu SPM pun buat ayat tak lengkap subjek predikat lagi, apa lagi kau.

Kau agak belajar Sejarah yang banyak tentang pemerintahan dinasti di China dalam bahasa Mandarin itu sudah cukup menyemai rasa patriotik kepada negara bernama Malaysia?

Tolak UEC. Utamakan pendidikan kebangsaan. Selepas kajian 5 tahun pun, tolak juga UEC selagi UEC tak patuh pada sistem pendidikan kebangsaan. Tuntut HAK berani bersuara!

(Arif Atan adalah seorang wartawan Malaysia Dateline dan pemuda Amanah WP. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian TTKM- Editor) -TTKM-



SOKONG KAMI/ SUPPORT US : Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

bottle

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.