Kadir Jasin dilantik penasihat media dan komunikasi PM?

Putrajaya, 8 Ogos: Wartawan senior, A Kadir jasin kini menyertai Pejabat Perdana Menteri sebagai penasihat media dan komunikasi.

Malaysiakini melaporkan Kadir menerima surat perlantikannya lewat Julai dan pengumuman rasmi akan dibuat mengenainya pada masa terdekat. Kadir mengesahkan menerima tawaran sebagai ‘penasihat khas’ hal ehwal media, tetapi enggan memberi komen lanjut kerana menunggu pengumuman rasmi.

Sebelum ini, beliau merupakan Editor kumpulan New Straits Times dan juga rakan karib perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Selain itu, beliau juga adalah ahli majlis tertinggi parti Bersatu dimana Tun adalah pengerusinya.

Kadir meletak jawatan sebagai jurucakap Majlis Penasihat Negara (CEP) yang ditubuhkan pada 12 Mei, setelah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Agong berbelanja mewah pada satu artikel yang disiarkan di blog beliau.

“Untuk 16 bulan sehingga April tahun ini, sejumlah RM256.9 juta telah diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, kapal terbang dan pengangkutan, latihan dan alatan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji pekerja istana” – A. Kadir Jasin.

jasin1.PNG
Tangkap layar blog Kadir Jasin.

Tiga laporan polis dibuat ke atas beliau kerana dakwaan dalam artikel tersebut.

Kadir kemudian disiasat di bawah tiga akta iaitu Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: