Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

6 – 9 bulan untuk kenal pasti pemilik sebenar Equanimity

2 min read

KAPAL MEWAH THE EQUANIMITY, Gambar NST.

Siasatan untuk mengenal pasti pemilik sebenar kapal ‘Equanimity’ akan mengambil masa selama enam hingga sembilan bulan, kata wakil peguam kepada kerajaan Jeremy Joseph.

Menurut laporan Bernama,  proses berkenaan boleh dipercepatkan sekiranya tiada pengakuan pemilikan ke atas kapal itu.

jeremy.PNG
Jeremy M. Joseph, wakil peguam kerajaan, gambar KiniTV.

“Perintah untuk penyitaan kapal itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Minggu hadapan, pasukan peguam yang dilantik kerajaan akan kembali ke mahkamah untuk mendapatkan arahan seterusnya untuk mengenal pasti pemilik kapal ini,” – Jeremy Joseph.

Jeremy katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke atas kapal itu.

Video temuramah kredit KiniTV:

Jeremy turut berkata pada hari ini (semalam) pasukan yang mewakili kerajaan ke atas ‘Equanimity’ hanya membuat pemeriksaan ke atas kapal berkenaan sebaik saja ia berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang.

Seorang lagi peguam yang mewakili kerajaan, Sitpah Selvaratnam berkata siasatan di atas kapal mewah ‘Equanimity’ mendapati keadaan di atas kapal itu berada dalam keadaan baik.

“Siasatan selama dua jam mendapati 17 kru termasuk seorang kapten kapal berada dalam keadaan baik. Apa yang kami lakukan pada hari ini secara asasnya ialah memberikan waran kepada kapten kapal dan itu yang telah dilakukan,” – Sitpah Selvaratnam

Sitpah berkata matlamat utama sekarang adalah untuk memastikan kapal berkenaan dapat diselenggara dan tugas itu akan dilakukan kru kapal.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu pemilik kapal itu dipercayai ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB. Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas pihak berkuasa republik itu, kepada Malaysia.

Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Bagaimanapun, kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.

Pada perkembangan yang lain, pengkritik melihat fokus media kepada rampasan Equanimity ini adalah cubaan untuk mengalih isu lebih utama iaitu 10 janji 100 hari Harapan yang kini cuma berbaki 8 hari.

TTKM menaikkan counter ke tarikh tersebut di sini. 

111.PNG

TTKM mendapati dari 10 janji itu, hanya 2 ditepati manakala yang lain dicapati atau ditunaikan separuh sahaja. -TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: