Kenyataan rasmi menteri dalam bahasa Tamil mendahului dalam BM/ BI. Di mana silapnya? – Surat Pembaca

Oleh : Edwin Michael.

Saya ingin membuat sedikit komen mengenai kandungan surat yang viral ini.

Ini bukan surat palsu.

Dalam surat ini, menteri terbabit bagi pihak rakyat Tamil  di Malaysia dan KERAJAAN MALAYSIA mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Tamil Nadu di India atas kematian bekas Ketua Menteri Tamil Nadu yang pernah menyandang jawatan Ketua Menteri sebanyak 5 kali dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak 13 penggal.

Tetapi di mana salahnya?

1. Pertama, kenyataan rasmi haruslah dikeluarkan oleh Wisma Putra dan bukannya Menteri yang bukan pegang portfolio luar negara.
2. Kenyataan haruslah dalam dwibahasa Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris kerana kenyataan ini dibuat dengan menggunakan surat rasmi Kerajaan Malaysia.
3. Jika masih mahu membuat kenyataan dalam Bahasa Tamil maka beliau sepatutnya buat atas kapasiti sebagai pemimpin parti dengan menggunakan surat rasmi parti.

Untuk rekod:
Pada Disember 2016, apabila Ketua Menteri Tamil Nadu Jayalalithaa Jayaram meninggal dunia, hanya ada kenyataan media daripada Yang Dipertua Dewan Negara SA Vigneswaran ketika itu tanpa menggunakan surat rasmi kerajaan.

Kerajaan Pakatan Hrapan ini nyata membelakangkan kemurnian Bahasa kebangsaan dan demokrasi perlembagaan.

(Artikel ini adalah pendangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. Walaubagaimanapun, hasil pemeriksaan kami di akaun instagram Dr Xavier Jayakumar, kami mendapati beliau baru sahaja menaikkan surat dalam bahasa melayu dan inggeris 5 jam setelah surat dalam bahasa tamil dinaikkan)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.