“SST: Harga barang lebih murah” – Tony Pua, Penasihat Khas menteri kewangan.

Parlimen, 8 Ogos:  Tony Pua (Damansara), penasihat khas menteri kewangan,  atau lebih dikenali sebagai Pua Ah-Pek berkata sistem cukai baru SST pada 10% menggantikan GST 6% pada 1 September ini akan menjadikan harga barang lebih murah.

tony.PNG
” GST memerah wang rakyat!” – Pua Ah-Pek.

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Pua Ah-Pek

Sebelum itu beliau mendakwa GST telah menyebabkan harga barang dan inflasi meningkat ketika diperkenalkan pada 2015.

“Bukti yang paling kukuh bahawa GST merupakan cukai yang telah menaikkan harga dengan mendadak di Malaysia. Kadar inflasi telah pun meningkat sebanyak 3.1% pada tahun 2015 bila GST dilaksanakan. Tapi bila kita sifarkan GST, bulan Jun, kadar inflasi 0.8%.. Harga barang turun!” – Pua Ah-Pek

Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan (Pontian)  atau lebih dikenali sebagai Mat Maslan menafikan dakwaan Pua Ah-Pek tersebut. Beliau memberikan beberapa sebab lain yang mengakibatkan harga barang naik.

maslan.PNG
“GST 3.1% pada 2015, itu tidak betul!” – Mat GST

“Apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah harga barang (naik) ini bukan hanya disebabkan oleh GST. Harga barang, penawaran, permintaan, supply and demand. Etika peniaga, nilai ringgit, musim tengkujuh, musim perayaan, monopoli barangan, kartel, pakatan, orang tengah, penguatkuasaan yang lemah, sabotaj ekonomi, keupayaan kuasa beli, perdagangan dunia!” – Mat Maslan

Mat Maslan turut yakin bahwa pada 1 september ini apabila SST diperkenalkan,  harga kereta dan harga barang-barang lain akan melambung kerana 10% SST yang dikenakan.

Beliau juga  menafikan dakwaan Pua Ah-Pek mengenai inflasi pada 2015 adalah 3.1%.

“Saya ingin membuat pembetulan kepada Damansara (Pua Ah-Pek) . Beliau menyebut pada tahun 2015 apabila GST dilaksanakan, kadar inflasi meningkat kepada 3.15%. Itu tidak betul! Tidak betul Damansara! Pada tahun 2014, kadar inflasi adalah 3.17%, dibundarkan 3.2%. Pada tahun 2015 turun pada 2.08%, dibundarkan kepada 2.1%! 2016, 2.13 % dibundarkan kepada 2.1 %. 2017.. 3.65% kerana masalah matawang kita, dan jan sehingga jun tahun ini selama 6 bulan ketika GST dilaksanakan, turun lagi kepada 1.8%!” – Mat Maslan

Janji menghapuskan GST terkandung dalam 10 janji 100  hari manifesto Pakatan Harapan. Sebelum ini rakyat berpendapat GST menyebabkan harga barang naik, tetapi sejak 1 Jun 2018 apabila GST dikadar sifarkan, berlaku juga kenaikan harga barang dan juga restoran-restoran mamak.

Sebaliknya, harga yang turun adalah tomato mengakibatkan manifesto pakatan harapan diperli netizen sebagai ManiPesTomato.

SST 10% dijangka diperkenalkan kembali pada 1 September 2018 ini. -TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.