UEC: FB page cina penyokong PH desak Dr Maszlee letak jawatan

Kuala Lumpur, 8 ogos: Satu facebook page cina yang menyokong Pakatan Harapan mendesak supaya Dr Maszlee meletak jawatan kerana kecewa keputusan untuk pengkiktirafan UEC akan mengambil masa 5 tahun.

Jika ada kemahuan nak iktiraf UEC hanya perlukan satu ayat saja, tetapi jika tiada keikhlasan maka dicarikan ratusan alasan bagi menolaknya.  Dikatakan memerlukan masa untuk membuat kajian. Mak kau ! Ini semua satu pembohongan.”  –  我们全力爱希望联盟 We Fully Love Pakatan Harapan

Hantaran di FB page tersebut 我们全力爱希望联盟 We Fully Love Pakatan Harapan , turut mengecam Dr Maszlee. Setakat ini hantaran itu tular di media sosial dengan 341 Comments dan 656 Shares

TTKM menyiarkan terjemahan penuh hantaran tersebut yang disediakan oleh  Hisemudin Kasim : 

“Mazlee, kamu sesungguhnya amat mengecewakan kami yang menyokong Pakatan Harapan. 
Jika ada kemahuan nak iktiraf UEC hanya perlukan satu ayat saja, tetapi jika tiada keikhlasan maka dicarikan ratusan alasan bagi menolaknya. 
Dikatakan memerlukan masa untuk membuat kajian. Mak kau ! Ini semua satu pembohongan.
Satu ke dua tahun tak boleh iktiraf ! Kini nak tunggu lima tahun pulak !
Nak pertahankan orang Melayu ? Apakah bangsa lain bukan rakyat Malayasia ?
UEC diiktiraf oleh banyak negara luar, Malaysia pulak banyak sangat halnya ? Janganlah menghampakan harapan dari masyarakat Cina.
Kerajaan tidak iktiraf para pelajar dari sekolah persendirian Cina, kita tidakpun rasa kecewa. Nak iktirafpun, tak semestinya boleh masuk universiti awam Malaysia.
Tempat ini tidak menghargai kita, maka kita pun ada tempat lain yang menghargainya. (Nota : ini adalah salah satu peribahasa yang sangat popular dalam bahasa Mandarin).
Jika menyampah dengan pelajar sekolah persendirian Cina, kamu boleh cadangkanlah satu pendidikan yang lebih baik agar semua rakyat mendapat rahmatnya.
Jika kamu boleh membuatkan orang-orang Melayu menerima ilmu matematik yang susah itu. Dan cara yang lebih adil untuk kemasukan ( univesiti), maka kamu sememangnya hebat
Jika inipun tak dapat dilakukan, maka tak payahlah nak cakap banyak-banyak. Lain kali, janganlah pandai-pandai nak buat kenyataan  yang bebal. Cakap seorang menteri hanyalah macam seorang penebar roti canai sahaja. 
Aiya! Dah fikirkan itu dan ini. Kamu yang selalu bercakap berdolak-dalik, adakah kamu ini layak untuk menjadi seorang menteri ?” – 我们全力爱希望联盟 We Fully Love Pakatan Harapan

Sebelum ini, Dr Maszlee dilaporkan berkata bahawa keputusan muktamad untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dibuat dalam tempoh lima tahun.

Tambah beliau lagi, walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) menyentuh mengenai pengiktirafan UEC dalam manifestonya ia tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari mereka.

Katanya kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh, mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak yang ada kepentingan dan mengambil kira kepentingan bahasa Melayu serta keharmonian kaum.

“Kementerian akan memastikan isu UEC tidak akan menjejaskan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu, serta tidak menjejaskan perpaduan serta keharmonian antara kaum di negara ini,” – Dr Maszlee

Maszlee berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan asal Alice Lau (HARAPAN-Lanang) yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan bilakah UEC akan diiktiraf.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata beliau mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dibuat secepat mungkin, sebelum hujung tahun 2018.

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” Teo Nie Chin

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Kulai berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Kenyataan terkini Dr Maszlee ini dilihat satu usaha beliau untuk mengendurkan kritikan hebat puak kanan dan kiri   yang menentang pengiktirafan UEC. Pada masa yang sama, puak cina yang pro UEC kini dilihat berang dengan Dr Maszlee.

Sementara itu, Pakatan Harapan yang  berjanji akan menunaikan 10 janji dalam 100 HARI pemerintahan Pakatan Harapan  kini cuma tinggal baki 8 hari. Setakat ini, hanya Hapuskan GST dan Menyiasat Skandal ditunaikan manakala 8 janji lain masih lagi tidak lagi ditunaikan atau ditunaikan secara separuh sahaja.

28685279_10157186395691258_8280739596746792598_n

 

Kami menemui seorang penjokong kerajaan, JiKera berhubung perkara ini dan ini jawab beliau”:

“Mana subsidi tol bersasar? Mana tangguhkan bayaran PTPTN? Mana hapuskan hutang peneroka FELDA? Yang ada kurang harga tomato buat apa bro? Ingat aku makan tomato hari-hari ke? Ini janji manifesto, bukan janji manipestomato! ”  kata beliau dengan nada kemarahan, dengan kepalanya basah berbau sedikit hancing  – TTKM –


Sokong portal Buletin TTKM ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: