“BN ‘rompak’ RM18bil wang kutipan GST!” – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan akaun amanah di mana kerajaan memasukkan wang bayaran balik (refund) GST mengalami kekurangan sebanyak RM18 bilion, dari jumlah sepatutnya RM 19.4 billion.

Menurut laporan FMT, Lim mendakwa wang itu hilang semasa pentadbiran Barisan Nasional dan sepatutnya dikembalikan kepada peniaga 2 minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

“Setakat 31 Mei 2018, jumlah tertunggak sejak 2015 ialah sebanyak RM19.4 bilion. Daripada jumlah itu, sejumlah RM9.2 bilion adalah dari 2018, RM6.8 bilion dari 2017, RM2.8 bilion dari 2016 dan baki RM600 juta dari 2015. Baki yang tinggal dalam akaun ialah hanya RM1.486 bilion. Ingin saya tegaskan bahawa angka-angka ini telah disahkan selepas audit dalaman yang dijalankan oleh Jabatan Kastam.” – Lim Guan Eng

Lim berkata dia dimaklumkan tunggakan itu berlaku kerana pentadbiran lepas gagal memasukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah itu.

“Membayar balik tunggakan bayaran balik cukai GST adalah ‘kemestian moral’ kerana wang tersebut bukanlah milikan kerajaan. Kelewatan pembayaran balik cukai ini menjejaskan suasana perniagaan dan memberi kesan negatif kepada daya saing negara.” – Lim Guan Eng

Beliau seterusnya menuduh kerajaan Barisan Nasional terdahulu ‘merompak’ akaun amanah itu kerana kutipan GST tidak dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk dimasukkan ke akaun tersebut.

“Kerajaan BN tidak boleh lari daripada pemalsuan akaun dan penyalahgunaan cukai input sebagai hasil kerajaan untuk menutup sebarang defisit perbelanjaan atau menyokong perbelanjaan pembangunan untuk kroni-kroni. Ini telah berlaku sejak 3 tahun GST diperkenalkan pada 1hb April 2015. Bak kata pepatah Melayu, harapkan pagar, pegar makan padi,” – Lim Guan Eng

Setakat berita ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari BN untuk menyangkal pendedahan Lim Guan Eng tersebut.

Sementara itu, TTKM mendapati, Menteri Pertahanan, Mat Sabu berkemungkinan besar dapat menjawab isu ini apabila disebut perkataan ‘rompak’. Ini kerana, suatu ketika dulu, Mat Sabu berkata :

“Sebab itu Tun Mahathir bijak, dulu dia ketua perompak sebab itu dia tahu dimana emas dan barang-barang rompakan disembunyikan, dia tahu sebab dulu dia kepala. Dahulu dia terlibat dengan (skandal) pada zaman dia dengan isu BMF, MamingCo, Perwaja (sehingga) berbillion (duit negara hilang) sebab itu Najib jangan main dengan Mahathir” – Mat Sabu.

-TTKM-




Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.