“Ketenteraan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara!”

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan kekuatan tentera Malaysia kini paling lemah di Asia Tenggara, lapor Malaysiakini.

c53f676c555bae5a0d44ae6994d233d0.jpeg

“Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah.Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu,” -Mat Sabu

Mat Sabu turut berasa malu dan berkata keadaan itu berbeza sama sekali dengan era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia terkuat di rantau ini.

“Malu kita, kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa. Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali, nombor satu semula.” -Mat Sabu

e23e6226-0303-4156-85ee-8e30d1840e2d.jpg
” Malu kita!” – Mat Sabu

Mohamad berkata demikian ketika menjawab soalan Danyal Balagopal Abdullah (HARAPAN-Port Dickson), yang bertanya tentang berkaitan kekangan pasukan keselamatan dari segi campur tangan kementerian dan peruntukan.

MinDef terpaksa buat Damage control

Kenyataan Mat Sabu itu dikritik oleh pelbagai pihak sehingga menyebabkan setiausaha akhbar beliau, Amin Iskandar terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk melakukan damage control. 

Menurut laporan NST, Amin Iskandar berkata menteri tidak bermaksud bahawa ketenteraan Malaysia adalah lebih lemah berbanding negara-negara lain di rantau ini.

“Pasukan Tentera bersedia dan bersiap untuk mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman dan pencerobohan. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan untuk Pasukan Tentera untuk memperkuatkan aset tentera supaya mereka  tetap mengikuti perkembangan teknologi dan keperluan terkini.” – Amin Iskandar, Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan.

Ini bukan pertama kali Mat Sabu mengeluarkan kenyataan mendedahkan keupayaan ketenteraan Malaysia.

Bulan lepas, Mat Sabu dikritik teruk apabila beliau mendedahkan bahawa hanya empat dari 28 jet pejuang Sukhoi Tentera Udara Malaysia yang boleh terbang.

Pengkritik menasihati Mat Sabu supaya berfikir dua kali sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mendedahkan keupayaan dan kelemahan tentera Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Untuk rekod, Mat Sabu yang berkelulusan kulinari,sebelum ini dilantik oleh Tun Mahathir sebagai menteri pertahanan. Pemilihan ini dibuat tanpa perbincangan dengan komponen Pakatan Harapan, PKR, yang memiliki paling banyak kerusi. PKR melalui Rafizi Ramli membantah pemilihan ini. Sementara itu,  ia menjadi bahan troll di media sosial.

Ketika kempen PRU, Mat Sabu turut  menunjukkan skil kulinari beliau dengan memasak sendiri hidangan untuk Tun Dr Mahathir yang datang berkunjung ke rumah beliau. – TTKM-
22007957_1681348871884671_441602992806253890_n.jpg
“Sedap tak masakan saya?” Gambar dari Facebook Mat Sabu.

Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.