Anak perempuan Lim Kit Siang dilantik Senator

GEORGE TOWN: Lim Hui Yin, anak perempuan Lim Kit Siang dilantik sebagai Senator untuk Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun seterusnya, menurut laporan NST.

Lim Hui Yin juga merupakan setiausaha DAP Pulau Pinang.

Juga dilantik adalah Yusmadi Yusoff, bekar ahli parlimen PKR Balik Pulau.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeoh (PH-Padang Kota) mencadangkan kedua-dua nama tersebut pada sidang pertama dewan undangan yang digulungkan hari ini.

Cadangan tersebut disokong oleh Dr Afif Bahardin (PH-Seberang Jaya)

Kedua mereka itu akan menggantikan  Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr Ariffin SM Omar yang akan berakhir khidmatnya pada 1 Jun ini.

Perlantikan ini dilihat melengkapkan dakwaan nepostime di antara ketiga-tiga parti DAP PKR dan Bersatu.

Selain anak perempuan Lim Kit Siang, anak lelakinya, Lim Guan Eng juga menjawat jawatan tinggi dalam parti sebagai setiausaha agung.

Nepostisme dalam DAP:

Bapa: Lim Kit Siang, ahli parlimen DAP  Iskandar Puteri, ketua parlimen DAP

Anak Lelaki : Lim Guan Eng, ahli parlimen DAP Bagan, setiausaha agung DAP

Anak perempuan : Lim Hui Yin, senator, Setiausaha DAP P. Pinang. 

Nepotisme dalam PKR :

Bapa: Anwar Ibrahim , Presiden PKR

Isteri : Wan Azizah, bekas presiden PKR, ahli parlimen PKR Pandan.

Anak Perempuan : Nurul Izzah, naib presiden PKR, ahli parlimen PKR Permatang Pauh.

Nepotisme dalam Bersatu

Bapa: Tun Dr Mahathir, Pengerusi Bersatu.

Anak: Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu

-TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.