Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Irwan buat laporan SPRM berhubung dakwaan Guan Eng BN “rompak” wang GST RM18bil.

1 min read

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , SPRM, berhubung dakwaan menteri kewangan, Lim Guan Eng mengenai “kehilangan wang kutipan GST”, lapor The Star.

Beliau berkata laporan tersebut dibuat supaya SPRM dapat menyiasat dakwaan Guan Eng yang disifatkan beliau sebagai tidak berasas.

Dia ( Lim Guan Eng) mendakwa wang tersebut hilang. Tidak sama sekali. Ia diletakkan dalam kumpulan wang disatukan. (Consolidated fund). Saya buat laporan ini kerana saya mahukan kebenaran” – Irwan.

Tambah Irwan lagi, syarat-syarat Jabatan Kastam adalah disalurkan ke akaun amanah setiap bulan.

Pada Selasa (7 Ogos), Lim Guan Eng mendakwa pentadbiran BN sebelum ini telah “merompak” dan “menyalahgunakan” wang input cukai GST.

Walaubagaimanapun, pada sidang dewan rakyat semalam, apabila diasak oleh ahli parlimen BN supaya Lim Guan Eng memberikan butiran (breakdown) mengenai wang input GST yang tidak dibayar balik itu, Lim Guan Eng gagal berbuat demikian.

Khairy Jamaluddin turut membuat laporan polis mengenai dakwaan Guan Eng itu semalam -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: