Kerajaan mahu swastakan kesihatan?

Tangkap layar laporan The Malay Mail

Oleh : Kiridaren Jayakumar

“We are thinking of minimum coverage of between RM10,000 and RM20,000 per family with annual premium of below RM1,000. That is something workable,” he said, adding that the government would subsidise those who could not afford the premium.“For those who feel the coverage amount is not enough, they can still top up on their own or even buy private health insurance,” he noted.Dr Lee said if everyone is covered by insurance, hospitals can charge according to cost.

-Petikan dari laporan Malay Mail.

Ini adalah sesuatu cara di mana kerajaan menswastakan kos penjagaan kesihatan (healthcare). Dan ini adalah masih tahap market testing. Sebenarnya, saya faham bahawa insurans ini akan membantu rakyat dengan membayar kos hospital dan perubatan, namun mereka terpaksa membayar RM1,000 setahun.

Disebabkan oleh harga kos ubat yang sangat mahal oleh syarikat pharmaceutical dan juga harga kos rawatan yang dicaj oleh hospital swasta, ini diwujudkan untuk memberi satu solusi jangka pendek. Maksud saya adalah kerajaan tidak dapat memberi insentif kepada rakyat dengan menaiktarafkan hospital kerajaan dan memberi lebih banyak manfaat , tetapi insurans ini seumpama menyerah kalah kepada kos rawatan yang sangat tinggi. Ia tidak memperbetulkan masalah secara akarnya, tetapi secara luarannya. Cuba bayangkan jika ada insurans ini, bagaimana hospital swasta dan syarikat ubat akan menaikkan harga lagi?

Idea ini bukan baru, ia adalah idea meniru NHS dan BN pernah mencadangkan implementasi ini di sini seperti 1Care. Walaupun begitu, ditolak oleh masyarakat disebabkan 10% daripada gaji akan digunakan untuk ini dan badan baru akan dicipta untuk ini yang mungkin mendatangkan masalah. Adakah PH menggunakan idea ini? Saya tidak tahu.

NHS ini walaupun ada kebaikannya, tetapi amat berbahaya di dalam tangan seorang neoliberal di mana peruntukan tidak akan diberi atau dikurangkan, dan ia akan menjejaskan servis hospital dan pekerjanya.

Salah satu cadangan saya adalah menaikkan subsidi, membina lebih hospital kerajaan , membawa ubat generic , memeriksa hospital swasta yang mengecaj harga yang sangat tinggi dan mengurangkannya kepada sesuatu yang lebih berpatutan, memajukan kualiti hospital kerajaan dan membina lebih banyak klinik dan memperbanyakkan pemeriksaan percuma di merata negara kita.

Pada pendapat saya , jika rakyat ada kebolehaksesan kepada hospital kerajaan dan ubat yang berkualiti dengan harga murah, pihak insurans akan kurang relevan dan hospital swasta dan ubat mahal akan self-regulate(pengendalian sendiri) disebabkan persaingan hospital kerajaan.

Segalanya berpunca daripada ketakutan dan stereotaip kita terhadap hospital kerajaan. Agak buntu untuk kita lihat projek pembinaan hospital kerajaan pada masa kini dengan kerajaan baru dengan alasan “hutang”. Hospital kerajaan dan ubat generic akan mengurangkan bisnes hospital swasta dan ubat pharmaceutical, di mana hospital swasta dan ubat mahal terpaksa self-regulate(mengendalikan sendiri) kerana kekurangan pelanggan(demand). Kerajaan neoliberal akan mengurangkan kebergantungan rakyat pada kerajaan, dan akan menaikkan kapasiti kapitalis dengan memberi safety net yang tidak seberapa kepada rakyat. Ini adalah falsafah mereka.

 

Ini pernah berlaku dulu :

“The Malaysian government in 1983 under then-prime minister Dr Mahathir Mohamad introduced privatisation policies which allow the private sector to play a greater role in taking away the government’s responsibilities in both healthcare and education. Healthcare has exhibited ever increasing costs since then.

Private hospitals that were run by non-profit organisations or religious organisations are now increasingly run by profit-oriented private hospitals. The idea is simple – the rich can afford private hospitals and this would reduce the traffic at government hospitals providing better services for the poorer patients.

Privatisation didn’t stop here; in 1993 the pharmaceutical services under the Health Ministry were privatised. Renong back then was awarded an exclusive long-term contract to supply medicines and supplies, subsequently doubling government spending for that provision the following year.

Instead of stopping privatisation, other support services such as laundry and linen, clinical waste management, cleaning, facility engineering and maintenance were then privatised three years later in 1996. Within a year, the cost of these services jumped to RM450 million from RM140 million.”,

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – editor)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.