LGE: Menteri kewangan paling bodoh? Mana bukti BN ‘rompak’ RM18b duit GST?

Oleh : Syahir

Menteri Kewangan kebanggaan rakyat Malaysia Lim Guan Eng bolehlah saya kategorikan Menteri Paling Bodoh bagi bulan Ogos 2018 walaupun bulan Ogos masih berbaki lebih 20 hari.

Pertama dia cakap hasil kutipan GST yang masuk ke dalam consolidated fund atau Kumpulan Wang Disatukan adalah satu rompakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

1.jpg

Lim Guan Eng tak faham Perlembagaan Persekutuan. Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa semua hasil atau pendapatan kerajaan tidak kira bagaimana jua cara mesti dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan atau consolidated fund.

2.jpg

Kedua dia tuduh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini merompak kredit cukai input GST atau refund kepada peniaga sejumlah RM19.4 bilion tanpa mengemukakan apa-apa bukti.

Yang dia cakap rekod Kastam yang disahkan. Siapa yang sahkan?

Di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara merekodkan bahawa kutipan GST bagi barangan dan perkhidmatan tempatan (tak masuk import) menurun RM1 billion daripada RM25.9 bilion kepada RM24.9 bilion kerana pindahan ke Tabung Bayaran Balik GST meningkat
dengan ketara.

3.jpg

Tidak ada butiran berapa jumlah kutipan GST dipindahkan ke Tabung Bayaran Balik GST, ini tugas Lim Guan Eng untuk bentangkan di Dewan Rakyat.

Di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 juga merekodkan jumlah wang di dalam Tabung Bayaran Balik GST atau Kumpulan Wang Bagi Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 31 Disember 2017 berjumlah RM1 bilion berbanding RM300 juta pada 31 Disember 2016.

4.jpg

Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan ini disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Semua wang masuk dan keluar direkodkan mengikut kod hasil dan perbelanjaan yang ditetapkan melalui Arahan Perbendaharaan.

5.jpg

Kes refund GST lambat bukanlah benda baru tetapi dah lama menjadi isu sejak GST dilaksanakan tetapi hanya terhad kepada peniaga yang perlu menuntut refund daripada Kastam bagi senarai barangan yang berkadar sifar.

Bagi barangan yang dikenakan GST berkadar standard 6%, peniaga boleh menolak terus cukai yang mereka kutip setelah mereka menjual barangan mereka dan hanya menghantar bakinya kepada Kastam.

Contohnya, pengilang menjual t-shirt bernilai RM10.00 dan mengutip GST 60 sen daripada pemborong.

Pemborong yang menjual kepada peruncit dengan harga RM20.00 akan mengutip GST RM1.20.

Daripada RM1.20 itu, pemborong akan terus menolak atau offset GST 60 sen yang dibayar kepada pengilang sebelum itu dan menghantar baki 60 sen kepada Kastam.

Untuk barangan berkadar sifar seperti makanan asas, peniaga tidak boleh mengutip GST daripada peniaga lain atau pengguna jadi mereka perlu tuntut daripada Kastam.

Menurut Lim Guan Eng, daripada RM19.4 bilion refund yang didakwa dirompak dan tidak dikembalikan kepada peniaga, sejumlah RM9.2 bilion tuntutan tahun 2018, RM6.8 bilion tahun 2017 dan RM2.8 bilion tahun 2016.

Tahun 2018 jumlah refund tinggi kenapa?

Kerana kebodohan Pakatan Harapan mengumumkan pemansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Peniaga-peniaga yang sebelum ini telah membeli stok mereka dan dikenakan GST, tidak boleh mengutip GST daripada peniaga atau pengguna di dalam rantaian bekalan. Maka mereka tidak boleh offset GST yang telah dibayar kepada peniaga sebelumnya.

Refund hanya boleh dikutip atau dituntut selepas barangan tersebut dijual. Maka peniaga pun tersangkut dengan stok yang sudah dibayar GST, dan tak boleh kutip GST untuk offset GST tersebut. Mereka hanya boleh tuntut GST daripada Kastam, sebab itu jumlah refund GST pada tahun 2018 meningkat, bukan sebab ianya dirompak.

Peniaga yang tuntut refund GST juga bukannya semua jujur.

Ada banyak kes peniaga kemukakan tuntutan palsu dan dituduh di mahkamah. Lim Guan Eng mesti dedahkan berapa banyak perniagaan yang didapati membuat tuntutan palsu ini.

6.jpg

Sebab itu bukan semua tuntutan refund GST ini diberi oleh Kastam.

Lim Guan Eng mesti jawab soalan Khairy Jamaluddin dalam Dewan Rakyat berapa daripada RM19.4 bilion refund tersebut adalah disebabkan tuntutan yang masih dikaji oleh Kastam kerana dokumen yang tidak lengkap dan tuntutan yang meragukan dan berapa yang disebabkan GST yang dimansuhkan.

Tuduhan duit refund GST RM19.4 bilion dirompak oleh Barisan Nasional adalah tudahan tanpa bukti yang tidak berasas yang sengaja dimainkan Kerajaan kerana mereka mahu menutup banyak kelemahan mereka seperti tidak mampu menunaikan janji.

Tatkala isu hutang negara RM1 trilion semakin perlahan, mereka timbulkan isu baru yang direkacipta untuk terus memburukkan parti pemerintah yang lalu.

Lim Guan Eng kata nak siasat RM19.4 bilion yang dirompak, silakan siasat. Siasat melalui badan bebas, lebih baik Suruhanjaya Diraja.

Saya yakin akhirnya Lim Guan Eng akan terbukti salah kerana kebodohan dia sendiri.

Rujukan:

1. Hansard Parlimen – 7 Ogos 2018

2. Hansard Parlimen – 8 Ogos 2018

3. Perlembagaan Persekutuan

4. Laporan Audit Ketua Negara 2017 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017

5. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017

6. Didakwa lagi tuntutan palsu GST – Berita Harian

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – Editor)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.