SST: Harga PROTON naik sehingga RM3k!

SUBANG JAYA: PROTON Edar Sdn Bhd menjangkakan harga kenderaannya meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pasca cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bulan depan.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Musa, berkata jumlah anggaran peningkatan itu adalah berdasarkan pengurangan harga ketika pasca peralihan sistem pencukaian SST kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Harga kereta Proton akan meningkat dengan perlaksaan SST“. Gambar Berita Harian.

“Kita menjangkakan harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini.

Secara umumnya, kebarangkalian besar harga akan meningkat berdasarkan sistem pencukaian sebelum ini.

Daripada pengiraan kami, jika SST pada kadar 10 peratus, harga akan meningkat sekitar RM3,000 hingga RM10,000 daripada kadar sifar GST sekarang,” – Abdul Rashid Musa

Abdul Rashid Musa berkatanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah cabaran Wealth of Wheels (WOW) di sini, hari ini.

Kenyataan Abdul Rashid ini bertentangan dengan dakwaan Tony Pua, Pegawai khas menteri kewangan yang  berkata sistem cukai baru SST pada 10% menggantikan GST 6% pada 1 September ini akan menjadikan harga barang lebih murah.

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Tony Pua.

Janji menghapuskan GST terkandung dalam 10 janji 100  hari manifesto Pakatan Harapan.

Sebelum ini rakyat berpendapat GST menyebabkan harga barang naik, tetapi sejak 1 Jun 2018 apabila GST dikadar sifarkan, berlaku juga kenaikan harga barang dan juga harga makanan di restoran-restoran mamak.

Sebaliknya, harga yang turun kini adalah tomato sehingga mengakibatkan manifesto Pakatan Harapan diperli netizen sebagai ManiPesTomato.

SST 10% dijangka diperkenalkan kembali pada 1 September 2018 ini. -TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version