
KUANTAN – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah mengakui ada beberapa perkara dalam manifesto PH yang dijanji untuk dilaksanakan dalam dempoh 100 hari sukar ditunaikan, sebaliknya memerlukan tempoh lebih lama, menurut laporan Bernama.
Saifuddin, yang juga Menteri Luar, berkata, ini kerana keadaan ekonomi dan kewangan yang diambil alih daripada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini lebih ‘teruk’ daripada apa yang disangkakan.
“Dalam masa 100 hari, ada 10 janji yang telah kita sebut dalam Manifesto PH, ada perkara yang sudah kita laksanakan, ada perkara yang sedang diusahakan dan ada perkara yang baru kita mulakan.
Ia satu janji yang kita tetap akan tunaikan, tetapi saya harap rakyat Malaysia memahami keadaannya sangat teruk sehingga ada satu dua janji sukar dilaksanakan dalam 100 hari, mungkin dapat dilaksanakan satu dua tahun,” – Datuk Saifuddin Abdullah
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-43 Gabungan Persatuan Tionghua Kuantan di sini malam tadi.
TTKM mendapati dari 10 janji Pakatan Harapan, hanya 2 janji yang benar-benar ditunaikan iaitu menghapuskan GST dan Menyiasat Skandal. 8 janji lain hanya dilakukan separuh atau tidak ditunaikan langsung.
Kerajaan Pakatan Harapan sering menggunakan propaganda hutang negara adalah RM1 trillion sebagai alasan tidak dapat melunaskan janji pilihanraya.
Walaubagaimanapun, pada sidang dewan rakyat baru-baru ini, Lim Guan Eng, Menteri Kewangan mengesahkan bahawa hutang negara adalah pada RM686.8 billion.

-TTKM-
Leave a Reply