Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tiada bukti sianida sebabkan kanser atau penyakit kulit!” – Xavier

2 min read

KUALA LUMPUR: Menteri air, tanah dan sumber asli, Xavier Jayakumar menekankan bahawa sianida (cyanide) yang digunakan oleh 3 syarikat perlombongan di Malaysia tidak menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser atau penyakit kulit, lapor FMT.

Beliau juga berkata sianida yang digunakan di lombong tiada impak terhadap udara atau persekitaran berdekatan.

“Undang-undangnya ketat. Sianida disimpan dalam takungan. Ia adalah mahal dan ia digunakan semula oleh pelombong. Penguatkuasaan juga sangat tegas.” – Xavier Jayakumar

Xavier berkata demikian sebagai menjawab soalan dari Wong Tack (PH-Bentong) yang bertanya kepada pendirian kementerian menengai penggunaan sianida di dalam perlombongan emas dan sama ada ia boleh diharamkan.

Mengenai soalan dari Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) tentang aduan bahawa lombong emas yang beroperasi di Raub telah menyebabkan masalah kulit di kalangan penduduk di Bukit Koman, Xavier berkata tiada hubungan diantara operasi perlombongan dan masalah kulit.

Beliau juga menambah kementerian sudah memberikan lesen kepada pelombong dan air disimpan di dalam kolam, bertakung tanpa sebarang kebocoran.

Kata beliau lagi, sianida dituankan sebagai re-ejen untuk mengasingkan emas dari batu keras dalam perlombongan emas. Malah, beliau menambah di peringkat antarabangsa, pelombong emas juga menggunakan sianida dan mereka semua mematuhi standard antarabangsa di bawah Kod Sianida.

Sebelum PRU ke 14 dulu, isu sianida digunakan oleh parti politik terutamanya DAP  untuk meraih sokongan. Mereka mendakwa, sianida telah menyebabkan penyakit kulit kepada penduduk.

Malah, satu laporan dari Roketkini, organ propaganda DAP menyamakan sianida  sebagai puaka dan bahan pembunuh.

sianida1
Tangkap layar laporan Roketkini, organ propaganda DAP.
sianida4
Sianida sebabkan penyakit kulit- Roketkini.
sinida3
Sianida sebabkan penyakit kulit- Roketkini.

-TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: