Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tiada kenaikan gaji penjawat awam, buat masa ini!”

2 min read

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.

Kata Perdana Menteri, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan, menurut laporan Berita Harian.

“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam. Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan  terbesar dengan 1.6 juta orang (penjawat awam),” – Tun Dr Mahathir Mohamad 

Dr Mahathir turut berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hari ini perlu menyelesaikan hutang yang ada terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai kenaikan gaji

“Apa yang boleh saya katakan, asas (mengenai kenaikan gaji) sudah ada tetapi belum masanya untuk ia dilaksanakan” – Tun Dr Mahathir Mohamad 

Beliau berkata demikian ketika menjawab janji Pakatan Harapan untuk menaikkan gaji minima.

Menyamaratakan gaji minima di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan adalah salah satu dari 10 janji Pakatan Harapan yang berjanji akan ditunaikan dalam masa 100 hari.

Ketika ini, gaji minima di Semenanjung Malaysia adalah RM1000 manakala di Malaysia Timur adalah RM920. Pakatan Harapan berjanji gaji minima adalah pada RM1500.

100 hari pemerintahan Pakatan Harapan hanya berbaki 6 hari dimana pengkritik menjangkakan 10 janji tersebut tidak mungkin semuanya ditepati pada masa yang dijanjikan.

Oleh kerana itu, manifesto Pakatan Harapan telah diperli oleh netizen sebagai ManiPesTomato kerana setakat ini harga yang turun adalah harga tomato – TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: