Kenyataan akhbar

Alasan PH tak tunaikan manifesto: “Takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?”- Najib

By Buletin TTKM

August 12, 2018

Oleh : Najib Razak

Saya terkejut membaca kenyataan Lim Guan Eng yang cuba memberi bukti kononnya dia juga mempertahankan golongan yang miskin. Terkejut saya berselang ketawa sebenarnya.

Guan Eng memberi dua bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Pertama, Guan Eng mendakwa kerajaan PH telah mengambil langkah tambahan bagi membayar RM400 sebagai bayaran Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 bulan ini.