“Kapal mewah Equanimity tidak dipamer pada umum. Bimbang rosak!” – PM.

Gambar Berita Harian.

PELABUHAN KLANG: Kapal mewah Equanimity tidak akan dipamerkan kepada umum bagi menjaga kualiti serta kekemasan kapal itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Berita Harian.

Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelakkan persepsi negatif kepada bakal pembeli yang boleh menyebabkan kapal itu mengalami susut nilai yang banyak.

“Kalau sampai 100 orang dibenarkan masuk ke dalam kapal ini kita bimbang ia akan merosakkan kapal. Jadi, bakal pembeli mungkin tidak mahu (beli).
Hiasan dalaman kapal ini sangat mewah, sangat cantik. Perabot yang ada dalam kapal ini saya sendiri pun tidak pernah lihatnya. Begitu juga bilik tidurnya. Kita boleh tidur sambil melihat keindahan langit,” –  Tun Dr Mahathir Mohamad

PM berkata demikian  pada sidang media selepas melakukan tinjauan di dalam kapal mewah Equanimity di Terminal Boustead Cruise Centre di sini, hari ini.

Bercanggah kenyataan dengan Lim Guan Eng

Sebelum ini, Guan Eng pernah mencadangkan kapal mewah itu dipamerkan kepada umum sebelum dijual. Beliau berkata, jika tidak dibenarkan melihatnya keseluruhan kapal, tetapi setidak-tidaknya orang ramai diberi peluang melihat sebahagian daripada strukturnya.

“Peguam negara (Tommy Thomas) akan memastikan semua dokumen lengkap, semua kawalan dikenakan dan jika boleh memastikan setiap aset di dalamnya disenaraikan.Dan jika mungkin, saya harap orang awam juga boleh melihatnya. Mungkin bukan keseluruhan kapal, hanya sebahagian (daripadanya)” – Lim Guan Eng

Janji Nga Kor Ming pada PRU 14

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada PRU 14 dulu berjanji untuk membawa Equanimity ke Teluk Intan dan orang ramai boleh melihatnya dari dekat.

Nga berjanji, jika HARAPAN menjadi kerajaan, beliau akan membawa kapal layar mewah berharga RM1 bilion itu ke sini untuk membolehkan penduduk Teluk Intan menaikinya.

“Selepas itu, kami akan melelongnya dan wang itu akan dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin. Jika kami membentuk kerajaan, kita pasti akan menulis surat kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) untuk menuntut kembali wang itu kerana kami benar-benar percaya wang ini telah dicuri dari rakyat di Malaysia. Ini adalah wang kita, termasuk Equanimity. Jadi, harapan saya ialah, jika diberi peluang, kami ingin membawa kapal layar mewah itu ke Teluk Intan dan sekurang-kurangnya untuk membolehkan rakyat melihat betapa mewahnya kapal itu,” – Nga Kor Ming

Kredit video KiniTV:

Kapal layar mewah itu tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa, selepas Kerajaan Indonesia merampasnya pada Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.