“Kau nak cerita LGBT ‘dibuli’? Kau lihat bagaimana OKU ‘dibuli’ dululah!

Oleh : Nia

Aku secara jujur  tidak faham hak apa yang mahu dituntut oleh golongan LGBT.

Kami yang OKU ni pun sehingga sekarang tiada hak. Hak nak bergerak pun susah. Kerajaan sediakan bas konon untuk OKU, dengan kerusi roda bagai, tapi perhentian bas  pun tingginya sekaki.

Apa fungsi bas boleh masuk kerusi roda kalau kerusi roda tidak boleh naik ke perhentian bas?

Bangunan pun tak boleh masuk.

Hospital pun tiada tandas OKU kat wad ni.

Kalau ada satu bank dalam bandar yang ada ramp tu dah kira untung la.

Pergi masjid sembahyang di tempat orang letak selipar.

Itu  tak payah cakap lah pasal LRT tak semua stesen ada bantuan OKU. Lif? Tak payah la. Yang sihat walafiat ni setingkat pun nak naik lif.

Parking OKU pun tak semua tempat ada.

Alhamdulillah la abang-abang majlis ada budi bicara bila nampak kereta OKU. Nak masuk  bangunan/kondo tertentu kena lalu laluan belakang, sebab ada ramp untuk angkut sampah.

Hidup dah macam binatang dah kat negara sendiri!

Tak cukup dengan tu, korang suruh LGBT guna tandas OKU lagi?

Tandas OKU ni, yang nak buat ‘projek 5 minit’ pun masuk.

Yang orang normal tak bertimbang rasa tu tak payah cakap la.

Geng-geng mak-mak nak tukar lampin bayi pun masuk.

Bro, agak-agaklah.

Hidup LGBT dah terlebih hak dah daripada OKU ni.

Daripada fokus pada LGBT, baik la fokus pada kami ni.

Pergi sekolah pun tak boleh naik tingkat 4.

Naik kantin tak boleh.

Tak boleh pergi perpustakaan.

Kau nak cerita buli LGBT? Kau lihat buli OKU dulu lah.

Cikgu OKU di sekolah kena sumbat dalam stor sukan sahaja!

Masalah kau kecil lah setan!

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor)


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita tanpa “fear or favor”  dengan membuat sumbangan ke akaun: Bank : CIMB Bank  No akaun: 8603355994    Nama Syarikat: TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.