Petisyen “SOLIDARITI BUAT DR ILYANI” dilancarkan penyokong.

Kuala Lumpur, 12 Ogos : Satu petisyen solidariti untuk Dr Ilyani dilancarkan oleh penyokong beliau di laman gopetition.com yang setakat ini mendapat 13163 tandatangan.

Pautan kepada petisyen tersebut

1.PNG
Tangkap Layar petisyen tersebut di laman gopetition.com

Menurut petisyen yang dimulakan oleh Khairul Afnan Khalid( kini ditukar kepada  Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia PAPISMA) itu,  ia ditujukan kepada kerajaan Malaysia berhubung dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib ke atas Dr Ilyani.

Tambah petisyen itu lagi, mereka tidak mengiktiraf LGBT tetapi menyokong golongan tersebut dibantu. Selain itu petisyen tersebut juga berkata tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan mendakwa pengiktirafan LGBT akan memburukkan lagi jangkitan HIV di Malaysia.

“Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama Dr Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf LGBT namun menyokong mereka perlu dibantu. Tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan usaha mengikiraf LGBT akan memburukkan jangkitan HIV di Malaysia!”  – Petisyen SOLIDARITI BUAT DR ILYANI

Dr Ilyani mencetuskan kontroversi apabila menulis di facebook beliau satu teguran terhadap Marina, aktivis LGBT.  Status tersebut telah dipadamkan oleh Facebook oleh kerana pendirian Facebook yang tidak membenarkan sebarang  mesej anti LGBT. .

39015424_1935944936467970_6656874712351637504_n.jpg

Perdebatan mengenai LGBT kembali hangat di Malaysia apabila gambar dua aktivis LGBT dipaparkan di satu pameran di Pulau Pinang.

Setiausaha Negeri Pulau Pinang kemudian mengarahkan kedua-dua gambar itu diturunkan setelah mendapat protes masyarakat dan dari menteri agama, Dr Mujahid.

DkTo0ttU0AA_wUJ

Setelah itu pula, Dr Mujahid bersama salah seorang aktivis transgender, Nisya Ayub melakukan sidang akhbar bersama bagi menenangkan keadaan.

Diserang oleh golongan konvensional dan Islamis, Dr Muhajid kemudian berkata bertemu dengan golongan LGBT tidak semestinya ia bermakna mengiktiraf golongan itu -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: