“PM & PH cari alasan untuk tak tunai janji tangguh hutang PTPTN, pendidikan percuma pula ke laut!”

Oleh : Kiridaren Jayakumar

Sebelum saya mulakan artikel ini, saya perlu katakan bahawa saya dari dulu pernah katakan bahawa kita perlu bayar hutang kita, jika kita mendapat gaji lebih dari RM2,500. Jika beban kurang dengan gaji rendah, silakan, dan tolong bayar.

Saya rasa bahawa Mahathir dan PH sedang mencari alasan untuk tidak melaksanakan pendidikan percuma dan tidak melaksanakan polisi hutang PTPTN dibayar sampai gaji mencecah RM4,000.

39004213_10209308586869990_2583674517922512896_n.jpg
“Hutang PTPTN adalah sama banyak dengan kerugian 1MDB “– Dr M. Gambar dari Malaysiakini.

Ingat lagi KJ di dewan rakyat baru-baru ini, beliau  bertanya berapa tahun baru boleh dapat RM4,000 gaji? Di situlah PH sangkut. Selepas mereka kembali ke realiti, mereka dapat tahu kapitalis ramai yang tidak mahu menaikkan gaji graduan. Secara purata, RM70-100 setahun, melainkan  anda kerja di tempat tertinggi atau dengan institusi tinggi seperti perbankan.

Selepas mereka dapat tahu ramai tidak bayar, dan tidak dapat bayar, Mahathir dengan dasar ikat perutnya mungkin akan mengurangkan peruntukan PTPTN untuk anak Malaysia, ini mungkin satu cara untuk kurangkan beban kerajaan antara dasar falsafah neoliberalism.

Jika anda tahu, pada zaman kini pelbagai pelajar IPTS menerima kurang peruntukan PTPTN untuk pendidikan tinggi mereka, IPTA kosnya murah dan diperuntukkan semuanya. Bilangan demogradi anak muda negara kita amat tinggi dan kerajaan neoliberal mungkin tidak akan tunaikan janji manifesto mereka dan mungkin boleh memaksakan pelajar untuk bayar melalui tolakan EPF atau gaji.
Sebab , saya sukar mendapat penjelasan lain untuk kenyataan sebegini.
Ini adalah fakta, saya tahu..Tetapi , jika hutang 1MDB dilaksanakan berperingkat, saya rasa kita dah kurangkan beban hutang untuk tidak mencapai paras bahaya 55% yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

Kenapa kerajaan kita tidak dapat membuat pendidikan percuma berperingkat ? Mungkin IPTA kesemuanya percuma dalam 2 tahun, selepas itu IPTS 50% dalam 3 tahun akan datang ? Namun, pendidikan adalah komoditi kapitalis yang sangat lumayan . Kesihatan adalah cabang lumayan lain. Ingat lagi, di mana mereka adakan kuota kepada pelajar graduan universiti awam bidang medik ke hospital, dan bukan ke atas graduan universiti swasta? So, kenapakah perlu berat sebelah ini?

Dikatakan hutang isi rumah tinggi sangat , kenapa tiada polisi yang mengurangkannya seperti pemansuhan kos pembelajaran di IPTA dan 50% daripada IPTS? Berapa ramai yang mendapat duit yang lumayan daripada industri ini ? Berapa ramai yang terjejas? Dan daripada graduan, gaji pertama digunakan untuk kereta, dan mentaliti beli kereta dimulakan oleh siapa? Jika pengangkutan awam kita baik, mesti ramai tidak beli kereta dan kurang beban dan mereka boleh bayar PTPTN.

Hutang adalah salah satu penggerak manusia dalam sistem manusia, di mana kita berhutang banyak untuk keinginan konsumerisme kita , sampai kita bertungkus-lumus untuk mencari pendapatan dengan kerja.

Jangan kita kehilangan PTPTN sebelum pendidikan menjadi percuma, dan pendidikan mungkin tidak akan jadi percuma sebab kapitalis, sistem kapitalisme dan kerajaan neoliberal. Jika anda ada duit, sila bayar. Ramai yang mungkin kehilangan kemudahan yang anda dapat nanti. Dan jika anda pelajar, melawan untuk pendidikan percuma. Pendidikan ini bukan sesuatu untuk berfikir untuk hegemoni atau hierarki status, ia sesuatu yang asas untuk warganegara negara kita dan dunia.

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. Menangguhkan pembayaran PTPTN merupakan salah satu dari 10 janji Pakatan Harapan yang dijanji akan ditunaikan dalam 100 hari. Kini berbaki lagi 5 hari, janji tersebut nampaknya mustahil dilaksanakan. – Editor)



Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita tanpa “fear or favor”  dengan membuat sumbangan ke akaun: Bank : CIMB Bank  No akaun: 8603355994    Nama Syarikat: TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: