“Hadkan tempoh PM mungkin ditangguh!” – Dr. Mahathir.

Pelan untuk menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal mungkin ditangguhkan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan yang menghendaki sokongan dua pertiga anggota parlimen, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Malaysiakini, Tun Dr Mahathir turut berkata pelan ini ditangguhkan sehingga Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapatkan sokongan mencukupi di parlimen.

“Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak punyai dua pertiga ahli dalam parlimen.

Tetapi berkenaan perkara-perkara tertentu, jika kita dapati kelakuan dari parti lawan bahawa mereka akan sokong dan memberi sokongan dua pertiga kepada pindaan, barulah kita akan buat tindakan-tindakan yang perlu kelulusan dua pertiga daripada parlimen,” – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet mengenai antirasuah awal hari ini.

Menyebut had tempoh jawatan perdana menteri sebagai contoh, Mahathir berkata beliau akan berbincang dengan parti pembangkang tidak lama lagi.

PM akan bincang dengan pembangkang

“Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan. Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi,”   Tun Dr Mahathir

Ketika ditanya wartawan jika HARAPAN akan membincangkan dengan parti pembangkang mengenai cadangan pindaan berkenaan, Mahathir berkata:

“Kami telah memutuskan hal tersebut sebentar tadi. Selepas ini, saya akan berbincang dengan pihak pembangkang.” –  Tun Dr Mahathir

Pengkritik melihat kenyataan PM ini merupakan helah untuk membeli masa (buying time). Ini kerana had tersebut boleh juga dimulakan di bahagian parti Pakatan Harapan, sebagai permulaan tanpa perlu dibawa ke sidang dewan rakyat.

Antara janji manifesto HARAPAN pada PRU14 lalu adalah mengehadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal sahaja dan perdana menteri tidak boleh menjawat portfolio lain terutamanya menteri kewangan.

12.PNG
Janji 12 Manifesto PH

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.