Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan ini untuk rakyat atau untuk syarikat?

2 min read

Oleh : Muhammad Salleh

Topengnya kerajaan untuk rakyat. Dalamnya kerajaan untuk syarikat.

Ironi.

Dimenangi PRU14 dengan janji-janji untuk rakyat.

Untuk memansuhkan tol.

Subsidi minyak.

Skim peduli sihat.

Tangguh bayaran PTPTN.

Hapuskan hutang peneroka Felda.

Tapi kini apa yang dilihat bukanlah kerajaan yang berpaksikan rakyat.

Tetapi kerajaan yang berpaksikan syarikat.

1) Hapuskan GST – berbanding rakyat, yang paling gembira dengan penghapusan GST adalah syarikat.

Dengan data daripada GST, pihak Kastam dan LHDN berkongsi maklumat. Mereka cross-check antara filing corporate income tax dan filing GST. Hasil dari situlah LHDN mampu mengenal pasti syarikat yang selama ini menaikkan kos-kos syarikat mereka dengan banyak demi tujuan mengurangkan keuntungan syarikat (supaya mengurangkan cukai korporat yang dikenakan)

Sekarang bila GST dah tak ada? Tiada lagi cara untuk LHDN cross check filing income tax mereka.

Dan sudah tentu pengurangan cukai tu pun ada yang masuk juga sebagai profit margin mereka, berbanding harga yang lebih rendah untuk rakyat.

2) Langkah penjimatan berbanding cukai untuk orang kaya

Kalaupun GST ingin dimansuhkan demi manifesto, dan dimansuhkan atas dasar ianya cukai regresif (lebih membebankan orang miskin berbanding orang kaya), kenapa hasil cukai GST itu tidak digantikan dengan cukai yang lebih bersifat progresif?

Capital gain tax?
Inheritance tax?
Higher income tax?

Bukankah itu yang selama ini dicadangkan oleh PH sejak zaman PR lagi?

Bukankah itu yang diperjuangkan ahli ekonomi di dalam Council of Elders selama ini?

Tapi tidak ada RUU untuk itu. Malahan langsung tidak dikatakan sesiapa pun.

Dan solusi yang dipilih adalah untuk melakukan langkah penjimatan.

Potong sana sini.

Abaikan manifesto sana dan sini.

Dan terkini subsidi tunai disalahkan sebagai punca rakyat meminta-minta.

3) Tak guna kenaikan gaji jika harga barang akan naik.

Adakah kalau gaji naik 10%, semua harga barang akan turut naik 10%?

Jawapannya tidak. Sebab kos gaji hanyalah sebahagian daripada kos pengeluaran. Walau betul kenaikan gaji perlu diiringi kenaikan produktiviti (a.k.a. Sales), tetapi ekonomi yang bergantung kepada buruh murah sejak zaman 1980 inilah yang turut menyumbang kepada terencatnya perkembangan ekonomi kita.

Who needs machine for higher productivity or professionals with bachelor or master degree when we can enjoy decent profit just by employing cheap labour, right?

Ianya berkait. Atas faktor itu jugalah tingginya graduate unemployment di Malaysia. Dan jatuhnya real wage mereka sejak beberapa tahun lepas.

Graduan banyak.

Syarikat yang nak sikit.

Budak bangga jadi Instafamous.

100 hari akan tamat dalam 4 hari lagi.

Kalau ada nasihat kepada kerajaan sekarang?

Jadilah parti politik berhaluan kiri. Naikkan cukai, lebihkan program ekonomi dan subsidi kepada yang memerlukan. Rakyat memilihmu kerana polisi berpaksikan rakyat, bukan syarikat.

Kerana cinta kita nasihat. Kalau bukan cinta aku dah hentam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: