Pengerusi DAP dilantik duta khas ke China.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai kini ialah Duta Khas negara ke China yang baru, menurut laporan China Press, yang berkuatkuasa pada 1 Ogos ini.

Tan menggantikan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi duta khas ke China di bawah pentadbiran BN yang terdahulu.

Tan berkata keutamaan beliau adalah untuk memperkukuhkan hubungan di antara Putrajaya dan Beijing.

“Malaysia dan China telah lama menjalinkan hubungan sama ada daripada segi ekonomi atau budaya. Justeru, jawatan saya ini datang dengan tanggungjawab yang berat” – Tan Kok Wai

Lagi polisi U-Turn

Perlantikan ini dilihat bertentangan dengan polisi Kementerian Luar sebelum ini memutuskan tidak akan ada lagi lantikan baru duta besar Malaysia dalam kalangan ahli politik.

SAIFUDDIN_ABDULLAH_241213_TMINAJJUA_04-1.jpg
Saifuddin Abdullah, Menteri Luar. Gambar Malasian Access. 

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pada 9 Julai lepas,  proses pelantikan itu akan dibuat mengikut prosedur sedia ada dan terbuka kepada mana-mana pegawai tinggi kerajaan.

“Bagi pelantikan selepas ini, kami buka kepada mana-mana pegawai tinggi (kerajaan), sesiapa yang berminat mereka boleh cuba memohon jawatan ini. Saringan akan dilakukan pegawai tertinggi kementerian sebelum nama calon duta itu diputuskan saya,” – Datuk Saifuddin Abdullah

Sebelum ini, kerajaan PH telah menamatkan kontrak enam ketua perwakilan Malaysia lantikan politik pada 30 Jun lalu.

Tambah Saifuddin, tindakan itu adalah selaras dengan arahan kerajaan kerana ia lantikan politik dibuat oleh pentadbiran terdahulu.

Katanya, mereka membabitkan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Duta Besar ke Indonesia), Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Duta Besar ke Vatican City) dan Datuk Ghulam Jelani Khanizam (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei).

“Kami melihat (jawatan) duta besar ini amat penting sebagai wakil negara, kami mahu pelantikan mereka ini biarlah mengikut kelayakan yang sepatutnya, bukan sahaja dari segi taraf pendidikan, tetapi juga kemahiran berbahasa mengikut negara berkenaan.” – Datuk Saifuddin Abdullah

Kekerapan kerajaan Pakatan Harapan melakukan U-Turn terhadap polisi mereka sendiri diperli netizen sebagai kerajaan Pakat-U-Turn Harapan. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.