Sidang Dewan krik-krik! Hanya ada seorang timb. menteri!

KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) menegur menteri dan timbalan menteri kerajaan yang “ponteng” semasa sesi perbahasan sedang berjalan petang tadi, lapor FMT, cuma ada seorang sahaja timbalan menteri.

Wakil rakyat PAS ketika itu sedang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018.

“Saya ambil kesempatan dan berbicara dan ambil bahagian. Soal yang kita hendak bincang hari ini dalam situasi tidak ada seorang menteri dan timbalan menteri. Hanya tinggal seorang sahaja di depan ini, Kita harap apa yang kita bangkitkan di sini diberikan perhatian serius, kerana ia adalah perkara besar. Ia adalah peruntukan besar yang perlu kita luluskan bersama petang ini,” – Tuan Ibrahim.

Minggu ini merupakan minggu terakhir mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14. Sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Khairy Jamaluddin (Rembau) pernah membangkitkan perkara sama.

Pada 24 julai lepas, persidangan ditangguhkan selama 10 minit kerana kekurangan korum ahli dewan rakyat.

Malah, bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim turut mencadangkan supaya elaun bulanan ahli Parlimen yang gagal menghadiri sidang dewan rakyat dipotong.

Selain itu beliau  turut mencadangkan suapaya  nama-nama ahli Parlimen yang malas hadir ke Dewan Rakyat disiarkan di akhbar dan media sosial.

“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli Parlimen mengikut kadar arahan Jawatan Kuasa Pilihan Dewan.Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” -Rais Yatim

https://twitter.com/DrRaisYatim/status/1021696930429063168/photo/1

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.