“Tak naik gaji – Pengorbanan rakyat & penjawat awam bantu kerajaan PH!” – MB Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membuat sebarang kenaikan gaji bagi penjawat awam pada penghujung tahun ini adalah sebahagian daripada pengorbanan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan baharu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah yang sama dengan Kerajaan Persekutuan sekiranya mereka berkehendakkan begitu yang menurut beliau dapat membantu memulihkan ekonomi negara.

Beliau turut berharap  rakyat terutamanya penjawat awam dapat bersabar, kerana perkara ini adalah sebahagian daripada pengorbanan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan baru.

“Kita akan membincangkan perkara ini dengan Pegawai Kewangan, jika kerajaan pusat mahukan semua kerajaan negeri PH mengambil langkah yang sama, maka kita akan akur, tetapi setakat ini belum lagi.

Saya berharap rakyat terutamanya penjawat awam dapat bersabar, kerana ini adalah sebahagian daripada pengorbanan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan baru.

“Kita lakukan ini (tidak memberi kenaikan gaji) bukan sebab kita tidak prihatin dengan masalah yang ditanggung oleh rakyat, sebaliknya ia bersifat sementara untuk memulihkan kembali ekonomi negara agar lebih baik” – Aminuddin Harun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Half Marathon anjuran IJM Land diSeremban 2 dekat sini, semalam.

Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan ini dikritik hebat netizen di media sosial.

Atie Lias gaji rakyat 1500 xde kenaikan di anggap pengorbanan rakyat, gaji mp adun 16000 di anggap ape???

Ismail Ahmad Itu cara pemerintahannya selama 22 tahun. Asal minta naik gaji, akan beri alasan ia akan menaikkan harga barang dan menyusahkan org kampung. Paling tinggi kenaikan gaji zamannya adalah 10%. Jadi majoriti gaji kakitangan awam tahun 90an RM600. Jadi  dapatlah pertambahan gaji RM60. Kenaikan tahunan RM40 ke RM50 sahaja. 

Rosli Hashim Tahniah la kakitangan awam yang undi PH. Nak beritahu yang Madey ni memang anti kenaikan gaji. Zaman kakitangan awam naik gaji (mula) masa paklah je.

Ami Aguyo Pengorbanan atuk ko! Zaman BN siap brebut la negeri pembangkang bagi bonus sapa paling banyak.. padahal dah kecoh kat prlimen negara banyak hutang… bila dapat jadi kerajaan tak habis2 citer hutang… cam ceti plak.. manifesto bukan main bantu rakyat.. cam jepun. asia tuk asia.. padahal berebut nak jawatan nak rembat duit rakyat je.

Mrikaz Nassah Kenaikan gaji tak dapat, katanya pengorbanan rakyat. BRIM pun tak dapat… atok kata rakyat tak patut dapat wang percuma.. Ha bag pengundi2 PH suka takkk?😛😛😛. Hadap la dgn berkorban pada kerajaan PH sampai mereput ye?

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini  menegaskan masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.

breaking news

Kata Perdana Menteri, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan, menurut laporan Berita Harian.

“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam. Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan  terbesar dengan 1.6 juta orang (penjawat awam),” – Tun Dr Mahathir Mohamad 

Dr Mahathir turut berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hari ini perlu menyelesaikan hutang yang ada terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai kenaikan gaji

“Apa yang boleh saya katakan, asas (mengenai kenaikan gaji) sudah ada tetapi belum masanya untuk ia dilaksanakan” – Tun Dr Mahathir Mohamad 

Semenjak memenangi PRU 14 lepas, kerajaan Pakatan Harapan berdepan masalah menunaikan janji manifesto mereka yang kebanyakannya memerlukan dana yang besar.

Sejak itu,  propaganda hutang RM1 trillion sering digunakan sebagai alasan ampuh untuk tidak melaksanakan janji-janji tersebut.

Malah, perdana menteri juga berkata manifesto bukanlah kitab suci.

-TTKM-


Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun:  Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.