Transgender boleh guna tandas OKU- Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Golongan transgender di tempat awam disaran menggunakan tandas khas orang kurang upaya (OKU) sebagai langkah sementara sehingga masyarakat boleh menerima mereka.

Menurut laporan FMT, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, “penyelesaian terbaik” itu mengambil kira perasaan tidak selamat dan tidak selesa golongan perempuan apabila transgender memasuki tandas wanita, dan perasaan transgender apabila menggunakan tandas lelaki.

“Kita semua perlu menggunakan tandas, itu lumrah. Jadi pada saya itu penyelesaian terbaik buat masa ini sehingga masyarakat boleh terima,” – Fuziah Salleh

Minggu lalu, Menteri di JPM Datuk Mujahid Yusof Rawa menyeru masyarakat untuk tidak mendiksriminasikan golongan transgender, selepas pertemuannya bersama aktivis Nisya Ayub.

Mujahid hari ini menarik balik kenyataan kepada pemberita minggu lepas dan berkata dia tidak mengarahkan atau memberi keizinan kepada transgender menggunakan tandas wanita, selepas laporan berita mengundang kritikan orang ramai.

Fuziah hari ini berkata saranan itu bukan bererti kerajaan mengiktiraf golongan tersebut.

“Kita hanya nak bawa mereka kembali kepada fitrah akan tetapi dalam proses tersebut ia akan mengambil masa,” – Fuziah Salleh

Isu LGBT kembali hangat diperkatakan masyarakat setelah gambar dua aktivis LGBT dinaikkan di satu pameran di Pulau Pinang. Selepas diprotes dan mendapat teguran Dr Mujahid, gambar tersebut telah diturunkan – TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.