(Video & Transkrip)”Azmin didukung oleh Daim dan Mahathir, mereka tak izin Anwar jadi PM!” – Abdullah Sani

Kuala Lumpur : Satu video yang memaparkan ahli parlimen PKR Kapar, Abdullah Sani yang giat berkempen untuk pemilihan PKR, tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Abdullah Sani menggesa ahli PKR supaya memastikan Rafizi Ramli menang jawatan timbalan presiden.

Ini kerana menurut beliau, jika Azmin dipilih, laluan Anwar untuk menjadi PM sukar kerana Azmin didukung oleh Tun Daim dan Tun Mahathir yang tidak mengizinkan Anwar menjadi PM.

Berikut adalah transkrip penuh ucapan beliau yang disediakan oleh TTKM:

Semalam saya diwawancara Astro Awani.

“Kenapa dato memilih (Rafizi Ramli)? Tidak kepada Azmin Ali?”

Saya kata “Azmin Ali bagus. Tetapi Rafizi Ramli lagi bagus!”

Episodnya senang, kalau nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, Rafizilah timbalan presiden.

Tapi kalau tak nak tengok Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, ha pilihlah Azmin Ali.

Mudah sahaja, perkiraannya.

Kerana apa saya cakap begitu saudara?

Kerana dia (Azmin) didukung oleh Tun Daim dan Tun Mahathir yang sudah tentu tidak mengizinkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Itu jelas dalam kenyataan mereka yang mengatakan perjanjian itu bukan perjanjian mutlak.

Tetapi kita nak ingatkan kepada Tun Mahathir dan Tun Daim, perancangan kamu itu, rancangan kamu! Rancangan Allah lagi maha (video tamat)

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.