Isu Dr Nur Ilyani: “Tiada tindakan tatatertib, itu kenyataan peribadi” – Menteri

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi susulan isu surat terbukanya yang mengkritik aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir, baru-baru ini, menurut laporan Malaysiakini.

Dr Dzulkefly berkata, tulisan pegawai perubatan itu merupakan pandangan peribadi dan pihaknya mengambil perhatian.

“Perkara itu di bawah perhatian saya dan Kementerian Kesihatan Malasyia (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan.

Dr Nur Ilyani masih bertugas seperti biasa, itu pandangan peribadi beliau.

Saya telah menjelaskan apa yang saya sebutkan ini adalah dasar KKM dan beliau menyatakan pandangan peribadi,” – Dr Dzulkefly

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Perubatan Integratif di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, doktor yang bertugas di Hospital raja Perempuan Zainb II (HRPZ II), Kota Bharu itu dikatakan bakal berdepan tindakan tatatertib selepas dilaporkan terdapat dua aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ia susulan ‘surat terbuka’ yang ditulisnya di Facebook pada 6 Ogos lalu mengenai pandangan terhadap isu lesbian,gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dua hari lepas, TTKM melaporkan satu petisyen dilancarkan oleh penyokong beliau bagi menyatakan solidariti terhadap doktor terbabit.

Setakat berita ini ditulis, petisyen tersebut disokong oleh 73201 orang. -TTKM-

petisyen.PNG

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: