Satira : Kisah Nyatuk dan Nyaim

bottle
Suatu hari di suatu negara nun jauh di pelusuk dunia.
Tinggallah seorang lelaki berusia, namanya Nyatuk.
 
Dulu ketika Nyatuk menjadi pemimpin di negara tersebut, Nyatuk ada meniaga jual kereta. Dia memang suka benda yang laju. Mungkin kerana Nyatuk ni suka menunggang kuda. Malah, Nyatuk ada ladang kuda di satu pulau bersebelahan dengan negara itu. 
 
Tetapi perniagaan keretanya itu gagal. Bankrap. Mujur ia berlaku ketika Nyatuk sudah tidak lagi menjadi pemimpin di negara tersebut kerana beliau sudah bersara.
 
Merenung usianya yang semakin senja, Nyatuk tidak mahu menyerah kalah. Dia berniaga pula kedai roti. Dia namakan kedai rotinya “D Roti”
 
Enak sungguh roti beliau walaupun harganya agak mahal. Perniagaannya maju.
 
Tapi, tidak semuanya manis berkekalan. Akhirnya kedai D Roti beliau juga bankrap. Siapalah yang mahu beli roti mahal hari-hari bukan?
 
“Semua aku meniaga, bankrap!HUHUHUHU!” Nyatuk meraung kesedihan sambil menghentak-hentak kakinya di lantai. Persis seperti cucunya yang berumur 4 tahun mengamuk tak diberi main I-Pad.
 
Rakan baik Nyatuk, Nyaim kemudian mendekati beliau.
 
Lalu membisikkan ke telinganya dengan suara sayup memujuk.
 
“Ada dua benda kita boleh jual tak perlu modal. Tapi kena buat kerja banyak sedikit. Untungnya pun berlipat ganda!” kata Nyaim.
“Apa tu?” tanya Nyatuk sambil tersengih seperti kerang busuk.
 
“Jual air liur dan air kencing!” Jawab Nyaim.
“Mana ada orang nak beli!” Nyatuk memarahi Nyaim sambil mengetuk kepala Nyaim yang penuh uban itu.
“Ada. Kita kata pada mereka, dengan air liur dan air kencing ini, kos hidup mereka akan jadi murah. Gaji akan meningkat. Semua cukai menjadi kurang. Segala tol di jalanraya dihapuskan. Segala hutang akan dihapuskan. Tentu mereka mahu! Nak bagi sedap, kita perah sedikit dengan tomato!” Nyaim meyakinkan Nyatuk.
Nyatuk memandang Nyaim dengan mata hitamnya semaki mengecil dan dahinya yang semakin berkerut.
“Percayalah! Nyatuk masih popular! Kalau mereka tak mahu beli air kencing dan air liur, tambah sedikit dengan air mata pula!”
“Tapi nanti mereka ungkit perkara lama yang aku buat! HUHUHU!” Nyatuk menjawab kesedihan.
“Apa yang hendak digusarkan! Mereka kan mudah lupa!” Jawab Nyaim
Nyatuk dan Nyaim kemudian ketawa besar.
Arakian, Nyatuk pun mulalah menjual air liur dan air kencing di seluruh pelusuk negara tersebut.
Memang laku keras!
Nyatuk dan Nyaim kemudian bersorak kegembiraan mengira wang berbillion hasil penjualan air lir dan air kencing itu.
(Artikel ini adalah satira politik, tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.)
-TTKM-
 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.