(Video) “Tak tepati janji itu munafik!”- Ustaz Azhar Idrus ‘sekolahkan’ kerajaan PH.

Pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus berkata tidak menepati janji Manifesto hukumnya adalah munafik. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan dari hadirin dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Ar-Rayyan, Indera Mahkota minggu lepas.

“Apakah hukum berjanji taktepati janji? Tak tunai janji. Jawabnya orang ini berperangai munafik! Walaupun Manifesto bukan kitab suci!.. Hukumnya, kalau berjanji, kemudian kita menyalahi janji, munafik namanya.” – Ustaz Azhar Idrus

Beliau kemudian menerangkan mengenai maksud manifesto.

“Manifesto ialah janji-janji yang diucapkan oleh orang politik.. yang janji mereka itu dapat menarik perhatian rakyat untuk memberi kuasa memerintah kepada mereka supaya dapat apa yang telah dijanjikan. “ – Ustaz Azhar Idrus

Beliau kemudian memetik hadis nabi mengenai munafik.

Tiga tanda orang munafik, kalau tanda huruf jim, satu tanda, titik bawah. tanda huruf kha, titik di atas. Satu sahaja. Tanda huruf ha, tiada titik.

Tanda munafik, tiga:
1. bila bercakap berdusta.
2. bila berjanji, dia menyalahi janji.
3. bila beri kuasa kepada dia, (dia khianat, contohnya) beri projek pula kepada anaknya.

– Ustaz Azhar Idrus

Tinggal berbaki tiga hari lagi genap 100 hari Pakatan Harapan memerintah negara sejak memenangi PRU 14 pada 9 Mei lepas. Setakat ini, hanya 20% janji tersebut ditunaikan manakala yang lainnya tidak ditunaikan langsung atau dilaksanakan separuh sahaja.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukan kitab suci, sebaliknya ia adalah sebagai panduan sahaja.

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.