Seorang nelayan, Ali Rie Jal H memberikan komen di FB TTKM menyatakan kekecewaan beliau terdahap cadangan menteri asas tani, Salahuddin Ayub supaya nelayan menambahkan pendapatan dengan menanam nanas dan rambutan di belakang rumah.
Berikut merupakan komen nelayan tersebut:
Oleh : Ali Rie Jal H
Saya salah seorang anak nelayan.
Nelayan tegar dari kecil sampai besar.
Dengan hasil lautlah saya boleh berkahwin dan besarkan anak-anak. Alhamdulillah.
Rumah saya atas air dekat sangat dengan laut. Buka pintu rumah pun dah nampak laut.
Bila menteri beri kenyataan begini , saya rasa serba salah.
(Salahuddin Ayub mencadangkan nelayan tambah pendapatan dengan menanam nanas dan rambutan di tanah belakang rumah-Editor TTKM)
Mahu menangis atau sebak?
Ya Allah!Kenapa la Engkau beri ujian kepada kami dengan menteri-menteri sebegini?
Elaun berpuluh ribu, tetapi hampeh!
Makin menjadi jadi la menteri sekarang ini.
Ingatkan nak jadi lebih baik dari sebelum ini.
Tidak mengapa menteri Salahuddin Ayub oi!
Insyaallah nanti saya cuba tanam rambutan, nenas, durian, mangga, manggis, langsat atas air bawah rumah kami tu ok?
Harap-harap tumbuh la ya? Nak menangis ni!
Mahacai mana? Tak nak backup ke? Atau nak ikut juga idea menteri kamu ini? Tanam kepala sawit dalam laut la senang!
-TTKM-