Semalam, bekas Perdana Menteri, Najib Razak mencadangkan kepada kerajaan Pakatan supaya menugaskan Tony Pua menghapuskan semua tol jalanraya.
Ini kerana menurut Najib, Tony Pua berkata kos pengambil alihan konsesi tol hanya melibatkan jumlah RM25 bilion sahaja.
TTKM meneliti berita sebelum ini dan mengesahkan dakwaan Najib tersebut, di mana Tony Pua sememangnya berkata demikian.
Berdasarkan laporan Malaysiakini pada 2009 :
Kos pengambil alihan tol berjumlah RM283 billion yang diberikan oleh Noor Yaakob, menteri di JPM adalah dinaikkan (inflated), kata Tony Pua. Beliau menambah, kos itu termasuk memberikan pampasan sepenuhnya kepada konsesi terhadap kerugian pada keuntungan pada masa depan. Tambah Tony lagi, jika itu yang dilakukan, ia akan menyebabkan segala usaha untuk membeli balik konsesi itu tidak bermakna.
Tony Pua mendakwa kos sebenar untuk pengambil alihan lebuhraya dari konsesi adalah dalam sekitar RM25 Billion.
RM25 billion itu menurut beliau adalah berdasarkan dua faktor:
- Kontrak konsesi lebuhraya yang diyahrashia mendedahkan bahawa kerajaan tidak perlu membayar pampasan untuk keuntungan masa depan, kecuali unutk PLUS dan Jambatan Pulau Pinan.g
- Kerajaan tidak perlu membeli balik semua lebuhraya tetapi hanya yang mendapat keuntungan besar dengan pengguna tol harian.
- Litrak, pemilik LDP sebagai contoh, telah memprojeksikan keuntungan RM18.8 bilion untun konsesi LDP, walaupun kos lebuhraya tersebut termasuk faedah hanyalah berjumlah RM1.327 billion.
Tambah Tony Pua lagi, setelah mengurangkan kadar tol, dalam 10 tahun jumlah keuntungan yang diperolah adalah melehbi kos untuk pembelian balik.
Dengan menggunakan contoh Lebuhraya Utara-Selatan, Pua berkata walaupun dengan mengekalkan kadar tol sekarang, ia hanya perlukan 7 tahun untuk mendapat semula RM15 billion kos untuk membeli lebuhraya itu .
Menurut Pua, EPU yang memetik angka RM231 billion juga mengambil kira operasi masa depan dan kos untuk penyelenggaraan. Beliau berkata jumlah tersebut adalah mengelirukan kerana kos selenggara sebenar adalah lebih rendah dan boleh direndahkan lagi melalui tender terbuka dan kompetetif.
Pua juga berkata, cadangan beliau untuk pengambil alihan tol itu adalah dibiayai-sendiri (self-financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan tambahan kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, pada 2014, Tony Pua juga dilaporkan berkata jumlah kos RM400 billion yang diberikan oleh menteri kerja raya BN ketika itu untuk pengambil alihan semua konsesi tol di seluruh negara adalah tidak masuk akal.
Untuk rekod, kos yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya kerajaan PH juga memberikan angka yang sama iaitu RM400 billion. Tiada sebarang ulasan dari Tony Pua berhubung angka tersebut.
Pada kempen PRU 14 lepas, Tony Pua giat berkempen untuk menghapuskan tol sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14.
Setakat ini, Tony Pua berdiam diri mengenai janji penghapusan tol walaupun hampir genap 100 hari Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Apa yang dihapuskan setakat ini cuma program PLKN dan BTN. Manakala Tony Pua dilantik pula menjadi penasihat menteri kewangan, Lim Guan Eng.
– TTKM-