“Manifesto PH: Kita tak sangka menang, kena cari alasan janji tak dapat tunaikan.”

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui Pakatan Harapan menghadapi masa sukar berhubung manifestonya yang ‘tebal’, oleh kerana janji-janji tersebut dibuat tanpa menjangkakan pakatan tersebut akan memenangi pilihanraya lepas, menurut laporan Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, Mahathir berkata kepada ahli parlimen PH dan Parti Warisan Sabah di perjumpaan tertutup yang diadakan di Petaling Jaya itu, PH haruslah melakukan sebaik mungkin menunaikan janji atau mencari alasan justifikasi untuk janji-janji yang tidak dapat ditunaikan.

Malaysiakini memetik sumber yang berada pada jamuan makan malam itu, yang mengatakan PM juga memberi amaran akan berlaku tindak balas:

“Sebenarnya kita tidak sangka menang, kita membuat manifesto yang tebal dengan berbagai janji.. kita mesti tunaikan janji, sebab itu kita tidak boleh memberikan janji yang tidak boleh ditunaikan. 

Kita perlu melakukan pengorbanan untuk memenuhi janji kita. Sekiranya kita tidak dapat menunaikan janji itu, kita perlu cari alasan bagus yang boleh diterima rakyat.

Sekiranya tidak, jika kita gagal menunaikan janji, pembangkan akan menggunakannya terhadap kita dan kita mungkin akan kalah (pada PRU15).”

  • ucapan Dr Mahathir menurut sumber Malaysiakini. 

Di dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas, kata pengantarnya ditulis sendiri oleh Dr Mahathir . Beliau menyeru pengundi ketika itu supaya menolak PHmelalui proses demokrasi (PRU 15) sekiranya gagal memenuhi janji manifesto:

“Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janjijanji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.” – Dr Mahathir

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.