“PKR perangai buruk! Jangan jangkitkan kpd PH!” – Wan Saiful

bottle
PETALING JAYA 01/03/2018 Wan Saiful speaks to media during his announcement new membership of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) at Menara Yayasan Selangor. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Oleh : Wan Saiful Wan Jan

Saya tertarik dengan komen beberapa orang pemimpin PKR yang mendakwa bahawa YAB Perdana Menteri mahu menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi pemimpin negara.

Rakan-rakan dalam PKR wajar menjadi lebih beradab dalam kata-kata mereka terhadap pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan. Dalam keghairahan mencari jawatan dalam parti, berbicaralah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.

Tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya orang lain tetapi kami dalam Bersatu diajar oleh YAB Tun Mahathir untuk menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan. Dalam kami menghormati persahabatan yang dibina, janganlah pula ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia. Perangai buruk tidak berakhlak ini bukan budaya yang kita mahu bentuk dalam gabungan Pakatan Harapan. Jangan heret orang lain masuk ke dalam perpecahan teruk parti sendiri.

Pemimpin atasan PKR perlu tegas dalam hal ini. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju dengan sikap yang biadap. Jika tidak, rakyat akan menganggap bahawa pemimpin atasan PKR meredhai fitnah dan perangai buruk yang ditunjukkan. -TTKM-

 

Wan Saiful Wan Jan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Artikel ini adalah pandangna peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – Editor

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.