(Video dan transkrip) “Penyokong Zuraida mahu ‘telanjangkan’ isteri saya!” – Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Ahli Parlimen PKR  Kapar Datuk Abdullah Sani mendakwa Zuraidah seorang yang khianat pada kata-kata sehinggakan menghantar penyokongnya untuk ‘balun dan telanjangkan’ isteri beliau, Datin Faizah.

Perkara ini dipercayai berlaku  selepas Datin Faizah mengkritik calon naib presiden itu menjelang pemilihan PKR 2018, lapor FMT.

Abdullah berkata isterinya, Datin Faezah Ariffin, menerima rakaman audio ugutan itu kelmarin.

Berikut merupakan transkrip kenyataan Abdullah sani:

Zuraidah ini seorang yang cukup khianat pada kata-kata. Dia bercakap pasal orang, dia sendiri begitu. Hantar orang nak telanjangkan isteri saya. Pastikan balun maksimum. Eii! Kamu menteri takkanlah nak panggil budak hingusan nak letakkan sebagai orang yang dah..

Saya buat laporan polis. Isteri saya nak buat laporan polis. Dan laporan polis ini jelas, yang dia sebut nama “Kak Zu telah mengarahkan saya untuk menghentam dan untuk memastikan tealanjangkan Datin Faizah. Hey, come on man! You are minister!Ada(bukti). Video semua cukup! – Abdullah Sani

Abdullah tidak pasti sama ada ugutan itu berupa ancaman fizikal atau bukan, namun satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Raja kelmarin.

Zuraida adalah ketua Wanita PKR dan akan bertanding naib presiden parti pada pemilihan bulan depan. Beliau juga menteri perumahan & kerajaan tempatan.

Faezah di satu majlis di Seremban 11 Ogos lepas berkata Zuraida selaku ketua Wanita tidak membawa banyak perubahan dan menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap itu.

Faezah pula adalah calon naib ketua Wanita PKR pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, Zuraida ketika ditemui pemberita di Parlimen berkata dia tidak tahu menahu tentang ugutan itu dan menafikan dakwaan dia menghantar orang untuk “telanjangkan” Faezah.

Zuraida_Kamaruddin.jpg
Zuraida

“Saya rasa orang cakap itu dalam bahasa metaforik. Nak telanjang itu nak dedahkan, bukan nak telanjangkan fizikal dia. Saya tak rasa begitu…saya tak tahulah apa-apa,”  – Zuraida

Zuraida mengalu-alukan siasatan oleh pihak berkuasa ke atas dakwaan Abdullah itu.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertembungan sengit untuk kerusi timbalan presiden yang ditandingi Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Abdullah Sani merupakan kem Rafizi manakala Zuraida pula adalah kem Azmin Ali.

Pengkritik melihat pemilihan ini adalah usaha terakhir kem Rafizi Ramli yang mahu menamatkan pengaruh Dr Mahathir dalam PKR melalui kem Azmin Ali yang digelar mereka  sebagai ‘kartel’.

– TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.