100 hari : Majlis Penasihat Negara (CEP) tidak dibubarkan – PM

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Negara ( Council of Eminent Persons -CEP) tidak dibubarkan apabila tiba 100 hari pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih memerlukan khidmat mereka dan setakat ini belum memutuskan  perkara tersebut, lapor NST.

“Saya tidak pernah berkata (CEP) hanya untuk 100 hari. Saya masih memerlukan khidmat mereka. Saya belum membuat keputusan mengenainya.” – Tun Dr Mahathir.

Apabila ditanya berapa lamakah lagi majlis tersebut akan beroperasi, ini jawab beliau:

“Sehingga kita menyelesaikan banyak masalah. Saya sendiri tak boleh melakukan kerja sebegitu” – Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai laporan berita bahawa majlis penasihat tersebut akan dibubarkan apabila PH genap  memerintah 100 hari pada hujung minggu ini.

PM mudah lupa?

TTKM mendapati kenyataan Tun Dr Mahathir bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri pada 12 Mei, sewaktu beliau mengumumkan penubuhan “Majlis Penasihat Kerajaan” tersebut. Ketika itu, beliau mengesahkan majlis tersebut cuma untuk 100 hari.

“Majlis ini akan membantu kerajaan merangka polisi dan program kerajaan untuk memenuhi janji 100 hari PH kepada rakyat. Majlis ini cuma untuk 100 hari” — Tun Dr Mahathir.

Majlis tersebut diketuai oleh bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Ahli-ahli lainya adalah bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli economi terkenal, Dr Jomo Kwame Sundaram, billionaire Tan Sri Robert Kuok dan bekas presiden/CEO Petronas Tan Sri Hassan Merican

Ahli pembangkang dan aktivis sebelum ini mendesak perdana menteri supaya membubarkan majlis penasihat tersebut kerana perlantikan mereka tiada diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Tambahan pula, dakwa mereka, berlaku pertindihan kuasa antara ahli majlis penasihat dengan ahli kabinet.

Untuk rekod, calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menggelar Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version