TONY PUA SAHKAN KERAJAAN KAJI CUKAI-CUKAI BARU.

Kerajaan sedang mengkaji beberapa cadangan cukai baru untuk menambah kekurangan RM19.4billion dalam bayaran balik GST.

Perkara ini disahkan oleh Tony Pua, ahli parlimen DAP Damansara, merangkap pegawai khas menteri kewangan.

“Cukai-cukai jenis baru memang merupakan antara cadangan yang kita tengah teliti. Kita tengah kaji dan kita telah membuat pengiraan. Berapa (banyak) cukai yang kita kenakan yang akan dapat membawa hasil yang lebih tinggi bagi kerajaan.

So semua ini  sedang diteliti dan disemak supaya kita dapat laksanakan cadangan yang paling baik” – Tony Pua

(Antara cadangan cukai baru itu adalah cukai soda. )

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa kerajaan BN terdahulu telah ‘merompak’ wang bayaran balik GST RM19.4 billion dalam satu perbahasan mengenai GST di dewan rakyat minggu lalu.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mengulangi tuduhan itu di luar dewan rakyat.

Ahli parlimen BN Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar kemudian membuat laporan polis dan SPRM supaya menyiasat dakwaan Lim Guan Eng tersebut. -TTKM-

Video Ehsan Buletin TV3:



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version