AES tak jadi batal, JPJ ambil alih.

Putrajaya, 17 Ogos:  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan tidak akan dibatalkan sebaliknya diambil alih oleh JPJ sepenuhnya mulai 1 September depan setelah kontrak pengendali sistem AES yang tamat pada 31 ogos ini tamat, lapor Malaysiakini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kerajaan turut ‘bekorban’ dengan membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tertunggak sebelum ini.

“Kerajaan telah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES ini maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan. Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta,” – Anthony Loke Siew Fook

Tambah beliau lagi, mulai 1 September depan, AES akan dikuatkuasakan oleh JPJ dengan tegas dan tiada lagi diskaun.

Antony berkata sedemikian selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

TTKM mendapati bahawa sebelum ini, pimpinan utama Pakatan termasuk Lim Guan Eng mendesak supaya AES dibatalkan dan saman AES pesalah trafik yang telah dibayar dikembalikan. Beliau juga dilaporkan berkata AES adalah skim kotor dan menzalimi rakyat.

Pada laporan lain,  kerajaan Pulau Pinang pada 2012  menolak aplikasi sistem AES yang disifatkan sebagai membebankan rakyat dan menguntungkan syarikat pemasangan dan kerajaan semata-mata.

Kerajaan Pakatan Harapan berdepan masalah kekurangan hasil apabila GST dibatalkan. Penerusan AES ini dilihat sedikit sebanyak dapat menambah hasil kerajaan. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version