“TTKM sabotaj poll kami!” – admin FB Kelab Maya Mahathir.

Kuala Lumpur, 17 Ogos: Admin Fb page Kelab Maya Mahathir mendakwa undian atas talian mereka telah disabotaj oleh gerakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan dibantu oleh FB page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dan Mykmu.net yang didakwa merupakan kumpulan cyberdedak pembangkang.

Ini kerana apabila undian tersebut ditutup, 88% tidak berpuas hati dengan PH manakala 12% sahaja yang berpuas hati.

Keputusan yang tidak memihak kepada admin FB Page tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan punggung (butthurt).

Berikut merupakan kenyataan penuh admin fb page Kelab Maya Mahathir:

#CUBAAN_SABOTAJ_KERAJAAN_PH_DIBWH_PIMPINAN_AYAHANDA_TUN!

Admin telah tahu dan dimaklumkan dari awal oleh beberapa sahabat bahawa jangan buat polls kerana setiap polls yg dijalankan di media sosial oleh Kumpulan Penyokong Kerajaan ini akan dicabul oleh satu gerakan yg mendokong DSAI sebagai Perdana Menteri dan dibantu oleh Kumpulan Cyberdedak Pembangkang seperti Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dan Mykmu.net.

Malah kita tahu Kumpulan #CyberTaliban dari #Parti_Perasan_Surga telah sedaya upaya berkempen dan menjadikan polls di page2 penyokong kerajaan nampak seolah2 rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Ayahanda Tun. Cuba bandingkan poll #sebelum_disabotaj yg menunjukkan 85% rakyat #menyokong dan #berpuashati dgn kerajaan pimpinan Ayahanda Tun.

39467273_1945776439055604_3281263780448698368_n.jpg

Hakikatnya admin lampirkan bukti. 54 ribu pengguna fb telah mengambil bahagian daalm poll ini yang kebanyakkannya dari kumpulan yg admin sebutkan tadi sebab keputusan akhir poll ini menunjukkan 88% ketidakpuasan hati rakyat manakala 12% menunjukkan sebaliknya.

39292279_1945776492388932_6567551912424505344_n.jpg

Usah risau, kerana 258 Ribu pengguna yg melihat post ini hanya 52 ribu @ 21% pengguna fb shj yg mengambil bahagian manakala yg lain masih memberikan peluang dan yakin dengan Kerajaan PH dibawah kepimpinan Ayahanda TDM. 100 hari dari 1825 hari lagi ada untuk kerajaan memimpin negara jadi usahkan meroyan mcm babi kena belacan. – Admin Din JDT

Terdahulu, TTKM melaporkan beberapa undian di fb pages menunjukkan 67%-90% tidak puas hati dengan prestasi 100 hari PH memerintah.

Malah, fb page penjilat kerajaan (JiKera) no 1, Suara Rakyat juga menunjukkan keputusan pengundian yang hampir sama dimana hampir 80% tidak berpuas hati. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.