Kuala Lumpur, 17 Ogos: Populariti kerajaan Pakatan Harapan jatuh menjunam ketika tiba 100 hari genap usia pemerintahan kerajaan baru tersebut.
Undian atas talian yang dilakukan oleh beberapa facebook pages menunjukkan 67%- 90% netizen tidak puas hati dengan prestasi kerajaan baru PH pimpinan Tun Dr Mahathir yang hari ini genap 100 hari. Keputusan mengejutkan itu sangat berbeza dengan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre yang mendakwa 67% rakyat Malaysia puas hati dengan kerajaan PH.
Undian yang dilakukan oleh portal berita, The Malaysian Insight, melibatkan 53 000 pengundi menunjukkan 67% peratus tidak berpuas hati manakala hanya 33% sahaja yang berpuas hati.
Manakala facebook page penyokong kerajaan seperti Suara Rakyat, Otai Bersih dan Kelab Maya Mahathir pula menunjukkan peratusan tidak puas hati yang lebih besar.
Undian yang dilakukan oleh Suara Rakyat yang melibatkan 42 100 pengundi setakat ini menunjukkan 79% tidak berpuas hati.
Berikut pula keputusan undian oleh Otai Bersih yang melibatkan 36 500 pengundi. Keputusannya tidak jauh berbeza dengan keputusan undian Suara Rakyat, dengan 80% pengundi tidak berpuas hati.
Sementara itu, facebook page Kelab Maya Mahathir mendapat penyertaan paling ramai pengundi iaitu seramai 54100 pengundi. Keputusannya menunjukkan 88% kurang berpuas hati dan cuma 12% mengatakan 100 hari kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Ayahanda Tun Dr Mahathir adalah terbaik.
Keputusan undian di facebook page The Patriots juga menunjukkan keputusan yang lebih kurang sama dengan Kelab Maya Mahathir iaitu dengan 89% tidak berpuas hati.
TTKM turut membuat undian yang sama dan keputusan sangat tidak berpuas hati mendapat 90% undi berbanding sangat berpuas hati cuma 10%.
Terkini, undian secara langsung selama tiga jam turut dijalankan di facebook page Sinar Harian. Apabila pengundian ditutup, 78% atau 21320 pengundi mengatakan Pakatan Harapan TIDAK memenuhi janji manifesto mereka. Hanya 22% atau 5707 pengundi mengatakan YA.

Untuk rekod, kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre For Opinion Research yang disiarkan 2 hari lalu mendakwa 67% pengundi Malaysia berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru.
Kaji selidik Merdeka Center itu dilakukan diantara 7-14 Ogos hanya melibatkan 1160 pengundi berdaftar dengan pecahan mengikut kaum 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Muslim Bumiputra, 6% Non- Muslim Bumiputra, (dari Sabah dan Sarawak), dengan temuramah melalui talian tetap dan telefon mudah alih. Badan tersebut turut mendakwa pengundian itu dibiayai oleh sumber kewangan dalaman yang dihasilkan oleh Merdeka Center.
Walau bagaimanapun, hasil carian TTKM di laman web National Endowment for Democracy (NED), organisasi yang berpangkalan di Washington, Amerika menunjukkan Merdeka Center telah dibiayai oleh organisasi tersebut sejak 2014. Jumlah pembiayaan yang diperoleh oleh Merdeka Center dari NED setakat ini berjumlah US$ 653k bersamaan dengan RM2.7 juta.
Tujuan NED membiaya Merdeka Center adalah untuk :
“Memberikan pembuat dasar dan wakil masyarakat sivil penyelidikan pendapat umum yang boleh digunakan untuk merumuskan dasar dan program di Malaysia. Merdeka Centre For Opinion Research akan menjalankan tinjauan pendapat awam di seluruh Malaysia dalam usaha untuk mengukur keutamaan dan persepsi masyarakat Malaysia mengenai pelbagai isu dasar awam.” –National Endowment for Democracy

10 janji Pakatan Harapan yang dijanjikan dilaksana dalam 100 hari, tamat hari ini. Hanya tiga janji benar-benar ditepati, manakala janji-janji lain dicapati cicah kari tomato.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukan kitab suci yang wajib dilaksanakan, sebaliknya ia cuma panduan. -TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun: Bank : CIMB Bank No akaun : 8603355994 Nama Syarikat: TTKM ENTERPRISE