AES: Menteri kata “Sorry. No refund.” Yang jujur dihukum, yang tak bayar saman diberi ‘hadiah’?

Menteri pengangkutan, Ant­hony Loke meminta maaf kepada pesalah trafik yang telah melunaskan saman AES mereka dan menambah tiada sebarang bayaran balik dibuat, menurut laporan The Star.

Tepuk dahi! 

Antony juga menyeru pesalah trafik yang telah membuat pembayaran saman AES itu supaya menghayati semangat (hari raya) korban kerana membuat pengorbanan dengan membayar saman AES mereka. Malah, katanya kerajaan tidak mampu untuk membuat bayaran balik.

“Yang sudah bayar itu, saya ucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada mereka dan saya juga mohon mereka atas semangat korban, mereka pun korban kerana bayar. Kerajaan tak mampu untuk bayar balik kepada mereka. Yang sudah bayar itu, we are sorry, there is no refund. Yang (saman) masih tertunggak itu dibatalkan. ” – Ant­hony Loke

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong menggesa kerajaan bersikap adil dengan memulangkan semula bayaran saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dilunaskan pesalah jalan raya, lapor Sinar Harian.

WeeKaSiong 120318_2.jpg
Wee Ka Siong, gambar dari laman web MCA.

Beliau berkata, malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini pernah menyarankan agar AES dimansuhkan dan denda telah dibayar perlu dipulangkan semula.

Kerajaan tidak boleh menghantar mesej bahawa rakyat yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dihukum, sedangkan mereka yang ingkar diberi ganjaran,”  – Wee Ka Siong

Menurut beliau, kerajaan PH juga lebih kejam kerana akan meneruskan AES tanpa sebarang pengurangan atau diskaun.

“PKR dan DAP sebelum ini membantah AES kerana mendakwanya kejam dan hanya alat untuk mendapatkan duit daripada rakyat,” – Wee Ka Siong

TTKM mendapati pada Disember 2012,  Lim Guan Eng mendesak supaya AES dibatalkan dan saman AES pesalah trafik yang telah dibayar dikembalikan. Beliau juga dilaporkanberkata AES adalah skim kotor dan menzalimi rakyat.

roket1.PNG

Pada laporan lain,  kerajaan Pulau Pinang pada 2012  menolak aplikasi sistem AES yang disifatkan sebagai membebankan rakyat dan menguntungkan syarikat pemasangan dan kerajaan semata-mata.

roket2.JPG

Kerajaan Pakatan Harapan berdepan masalah kekurangan hasil apabila GST dibatalkan. Penerusan AES ini dilihat sedikit sebanyak dapat menambah hasil kerajaan. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.