Gagal tunai 10 janji 100 hari: “Tak perlu minta maaf”

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu memohon maaf kepada rakyat walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam 100 hari yang menjadi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan berusaha memastikan segala janji terlaksana, menurut laporan Berita Harian.

Katanya, ada antaranya sudah ditunaikan seperti meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, selain pemberian insentif kepada suri rumah menerusi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

“Tidaklah (PH perlu mohon maaf pada rakyat). Memang ia tidak seperti yang kita harapkan, namun kita sudah cuba sedaya upaya.

Sekurang-kurangnya di kementerian, saya sudah buat i-Suri dan berjaya mempromosi serta menjalankan program itu.

Bukan mudah melaksanakan semua kerana kita tidak ada cukup maklumat (ketika menjadi pembangkang) untuk menyelesaikan masalah.

Saya bukan memberi alasan mengapa kami tidak mencapai sasaran tapi kami cuba dengan sedaya-upaya,” – Wan Azizah Wan Ismail.

Pakatan Harapan berjanji akan menunaikan 10 janji dalam 100 hari pemerintahan.

Malaysiakini melaporkan   :

Berjaya dipenuhi: 2

Sebahagiannya dipenuhi: 5

Dalam pelaksanaan: 3

TTKM pula berpendapat oleh kerana semalam genap 100 hari dan janji yang cuma ditepati sehingga semalam cuma 2, manakala janji-janji  lain yang kononnya ‘sebahagiannya dipenuhi’ atau ‘dalam perlaksanaan’ adalah dikategorikan sebagai gagal atau dicapati cicah kari tomato.

Oleh itu, TTKM memberikan markah 2/10 kepada Pakatan Harapan dalam menunaikan manifesto 10 janji 100 hari mereka. -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.