
Pendapat oleh : Kiridaren Jayakumar
“The Sugar Tax” atau Cukai Gula atau Soda Tax yang dikatakan baru-baru ini bukan sesuatu yang baru, ia diperkenalkan oleh Parti Tory di UK oleh George Osborne. Ia dapat mengurangkan 45kg penggunaan gula di syarikat yang membekalkan air tin gula dan soda di UK dan seperti F&N di Malaysia. Ia juga pernah dilakukan di Philippines iaitu 10 pesos.
Polisi ini adalah bertujuan untuk mengurangkan gula di dalam air bertin dan minuman manis yang menggunakan 19g untuk air minuman seperti lemon ais dan 34g untuk air Coke. Berkemungkinan ia dapat mengurangkan pengambilan gula rakyat Malaysia.
Namun, ia adalah sia-sia jika masyarakat kita amat suka minuman bergula. Pendidikan obesiti dan pengalaman cara hidup sihat adalah cara yang paling berkesan untuk membanteras perkara ini. Namun secara amnya, masyarakat kita diajar untuk mengambil makanan dan minuman tidak berkhasiat yang senang didapati oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak. Ia adalah satu mental conditioning di mana koperat menukar psikologi kita dengan penularan makanan di televisyen pada waktu “primetime” iaitu pada jam 8-10pm , di mana pelbagai lapisan masyarakat menonton program televisyen. Seharusnya, lebih makanan harus dikecualikan dari SST dan lebih makanan sihat disubsidikan.
Ini juga adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh masyarakat negara kita di mana mereka “taxphobic”,mereka tidak suka cukai dan ini adalah salah satu cara mereka ‘diajar’ untuk membenci GST, tanpa memahami kepentingan cukai.
Kerajaan Pakatan sedang dalam pergelutan mencari cukai untuk menjalankan perbelanjaan mereka, adakah ini akan mudah diterima oleh masyarakat? Sebab caj cukai ini adalah sangat lucu dan Tony Pua yang selalu mengkritik pemimpin lain silap dalam menerangkan kepentingan cukai gula ini atau cukai lain, dan ia bukan sekadar,”Golongan berpendapatan rendah tidak perlu minum air soda/air tin gula.”
Saya pernah ingat suatu ketika dulu, seorang pemimpin BN berkata harga gula dinaikkan akan mengurangkan penggunaan gula. Ia sukar difikirkan begitu kerana gula adalah sesuatu yang amat diperlukan dan pelbagai kapitalis gula akan melawan dengan menyorok bekalan gula.
Adakah ini tidak akan menaikkan harga minuman bersoda/bergula dan membantu kapitalis syarikat gula dan minuman air bersoda/bergula? Mungkin ini adalah satu sudut pandangan yang perlu kita fikirkan. Dan, kenapa kerajaan tidak mengenakan cukai gula di negara kita , adakah kerana Robert Kuok dan Syed Mokhtar ?
Apakah pandangan anda?
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM – Editor.
Leave a Reply