(Video di dalam) “Proton boleh dapat manfaat kerjasama dengan Geely” – Tun Dr Mahathir.

HANGZHOU: Proton boleh mendapat manfaat dari kerjasama dengan syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group, kata Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai pandangan beliau tentang masa depan Proton yang kini bekerjasama semakin dalam dengan Geely.

“Ketika PROTON pertama kali diperkenalkan, Geely belum ada. Dan kami hantar 6 kereta Proton ke sini. Saya tidak tahu di mana kereta itu hari ini dan kami sangat bangga denganpencapaian kami.

Tetapi, seperti yang anda tahu, Geely lebih pantas dari kami dari segi kualiti, produktiviti industri anda, dan saya fikir Proton boleh mendapat manfaat dari kerjasama dengan Geely. – Tun Dr Mahathir

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Proton dan Geely bagi mewujudkan sebuah syarikat yang akan melakukan pemasangan dan pemasaran Proton di China.

Sementara itu, mengulas berkenaan usaha membawa Proton memasuki pasaran antarabangsa, Dr Mahathir berkata Proton perlu mematuhi piawai EURO 5 yang ditetapkan Kesatuan Eropah. Usaha ini ujarnya, boleh dipercepatkan melalui kerjasama dengan Geely.

“Industri automotif sentiasa menambah baik dari segi teknologi dan kualiti. Jadi Proton juga menambah baik reka bentuk dan kualiti kereta.

Kereta sedia ada boleh dipasarkan di banyak negara namun ia tidak memenuhi piawai EURO 5 yang menjadi penghalang kepada kita memasuki pasaran negara barat.

Namun, jika kita mereka enjin baharu dan menambahbaik kualiti kereta, ia membolehkan kita menjual dan bersaing dengan jenama lain. Malah, kerjasama dengan Geely akan memacu proses penambaikan Proton,” – Tun Dr Mahathir

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut mencuba tiga jenis kereta yang dikeluarkan Geely selain melawat galeri teknologi Geely di sini.

Tun U-Turn?

tun.JPG

Ketika kempen PRU 14 lepas, Tun Dr Mahathir menentang penjualan saham Proton kepada Geely. Malah beliau menggunakan isu tersebut dengan mengatakan Proton telah dijual kepada China selain mendakwa Proton bukan lagi kereta nasional.

Ketika itu, beliau turut menyatakan  kesedihannya itu di blog beliau:

“Mungkin ada rakyat Malaysia yang berbangga (dengan prospek Proton pada masa akan datang). Tetapi, saya tidak akan berbangga dengan kejayaan Proton selepas ini.

“Saya tidak akan bangga dengan perkara yang tidak lagi dimiliki negara saya. Sekiranya negara kita dijual kepada orang asing yang kaya, saya yakin negara akan membangun juga. Fikirlah.

Ini yang sedang dilakukan oleh Malaysia ketika ini, (iaitu) menjual negara, seperti menjual Proton – Tun Dr Mahathir. 

Pada 2017, DRB-HICOM menjual 49.9% sahamnya dalam Proton Holdings Bhd kepada Geely International. Walau bagaimanapun, DRB-Hicom masih pemegang majoriti dengan kepentingan 50.1%.

Sebelum ini,  calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata bahawa rekod Tun Dr Mahathir ini adalah lidah bercabang.  -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: