‘BN korup, minta 30 % saham dari pelabur China untuk orang tertentu!’ – Tun

Beijing, 19 Ogos: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.

Beliau berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini, lapor Malaysiakini.

Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.

Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur” -Tun Dr Mahathir Mohamad 

Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Mereka (agensi kerajaan) harus mengikut corak tertentu dan mereka diberi masa tertentu untuk membuat keputusan. Jika tidak, mereka akan ditanya kenapa. Kenapa kamu menolak dan mengapa kita tidak bersetuju? Mereka perlu menjawab soalan itu,” –Tun Dr Mahathir Mohamad 

Mahathir turut memberikan keyakinan sekiranya komuniti perniagaan China melabur di Malaysia, tidak akan berlaku perbuatan mendapatkan wang daripada mereka sebelum sesuatu projek diluluskan.

Beliau berkata apabila sesuatu projek mematuhi syarat ditetapkan  negara ini, pelabur akan diberikan kelulusan secepat mungkin.

“Saya berharap apa yang berlaku kepada anda tidak akan berlaku lagi, tetapi jika anda masih mempunyai aduan, anda boleh menghantarnya kepada saya secara peribadi,”  Tun Dr Mahathir Mohamad 

Sebelum ini Tun Dr Mahathir merupakan pengerusi BN dan perdana menteri ke 4 selama 22 tahun. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version